Gol Riyad Mahrez : Sentuh , Gelecek Dan Sudahkannya Dengan Penuh Berseni

Lihat aksi memukau Riyad Mahrez yang telah menjaringkan gol  dengan sentuhan pertamanya yang luar biasa telah memberikan perasaaan kagum kepada penonton yang melihat video jaringan itu dan ia telah tular di Twitter seluruh dunia hinggakan mendapat ratusan ribu tontonan.

Bermula gerakan Said Benrahma dari tengah padang , pemain West Ham United itu telah mengesan Mahrez berada di hadapan dan terus menyepak lambung bola itu sampai ke sasaran utamanya.

Mahrez membuat salah satu sentuhan pertamanya yang  terbaik di planet ini dan terus menuju ke arah gol sebelum membuli dua orang pertahanan Zimbabwe dengan tenang dan membuatkan penjaga gol terpaku apabila dia dapat menjaringkan gol.

Algeria mendahului Zimbabwe dengan jaringan dua gol pada separuh masa pertama melalui Andy Delort dan Riyard Mahrez  tetapi Zimbabwe mendapat satu gol sebelum tamat separuh masa pertama dan satu gol lagi pada separuh masa kedua.

Mahrez yang mewakili pasukan negaranya Algeria ketika bertemu dengan Zimbabwe dalam saingan kelayakan Piala Afrika 2021 pada petang Isnin semalam di stadium lawan. Perlawanan itu menyaksikan Algeria dan Zimbabwe berkesudahan seri 2 – 2.

Pemain berusia 29 tahun yang ini agak sukar untuk masuk dalam kesebelasan utama skuad Pep Guardiola pada musim 20/21 tetapi ini membuktikan dia masih seorang pemain sayap yang berkaliber dan terbaik di Liga Perdana Inggeris.

Gol Mahrez hari ini adalah yang ke-18 untuk Algeria hanya dalam 61 perlawanan. Bekas pemain Leicester City itu juga telah mencatat 31 assist sepanjang kariernya di peringkat antarabangsa.

Tidak banyak pemain bola sepak di dunia yang boleh mencatat rekod sumbangan 0.80 gol setiap penampilan untuk negara mereka.

Persekutuan Bola Sepak Algeria mengiktiraf gol ini sangat ‘wow’ dan tidak teragak – agak untuk menghantar pencalonannya untuk Anugerah PUSKAS FIFA bagi mendapatkan pengiktirafan gol paling tercantik yang dijaringkan untuk tahun ini.

Kongsi artikel ini