Gol Lawan Turkmenistan Safawi Rasid Samai Rekod Safee Sali

Safawi Rasid kini berpeluang dianggap sebagai penyerang berbisa pernah dihasilkan negara pada era moden ini apabila jaringan beliau menentang Turkmenistan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia pada malam tadi berjaya menyamai pencapaian Safee Sali.

Dalamย  perlawanan pada malam tadi, Safawi menjaringkan gol pada minit ke-11 apabila meledak menggunakan kaki kiri dari dalam kotak penalti untuk memberikan gol pendahulan kepada pasukan negara.

Ciapan seorang pengguna twitter @fikrihariri kemudiannya menyatakan Safawi kini telah menjaringkan gol ke atas 12 pasukan di peringkat antarabangsa.

Jumlah itu menyamai rekod yang pernah dihasilkan oleh Safee Sali sebelum ini.

Menurut @fikrihariri lagi, Safawi kini turut berpeluang menjadi penyerang terbaik negara pada era moden sekiranya berjaya menjaringkan gol menentang Bahrain dan Bangladesh selepas ini.

Rekod antarabangsa

Setakat ini Safawi telah melakukan 39 penampilan untuk pasukan negara, dan menjaringkan lebih 16 gol senior di peringkat antarabangsa.

Debut beliau bersama pasukan negara tiba pada 16 September 2016 ketika Malaysia tewas 3-0 kepada Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan.

Gol sulung di peringkat antarabangsa pula hadir pada 10 November 2017 ketika Malaysia dibelasah Korea Utara 4-1 di pusingan kelayakan Piala Asia.

Free role Safawi Rasid

Peranan bebas yang diberikan Safawi Rasid di dalam perlawanan pada malam tadi dianggap sebagai satu dimensi baharu kepada pamain ini sendiri dan pasukan secara keseluruhannya.

Secara keseluruhan, Safawi dilihat beraksi dengan baik dan selesa di posisi baharunya yang diamanahkan oleh Kim Pan-gon.

Safawi dilihat aktif di half-space dan di belakang Darren Lok yang beraksi sebagai penyerang utama. Gol pertama perlawanan oleh Safawi juga bukannya satu kebetulan.

Ia juga dianggap penyelesaian terbaik untuk Kim Pan-gon menurunkan Arif Aiman dan Faisal Halim di dalam kesebelasan utama, sekaligus menjadikan jentera serangan pasukan negara semakin ampuh.

Kongsi artikel ini