Filippo Inzaghi menjaringkan banyak gol ketika bersama AC Milan. Tetapi jaringan mana satukah yang menjadi kegemaran Super Pippo?
Sebagian besar karier Inzaghi sebagai pemain bola sepak adalah bersama Milan. Secara keseluruhan, beliau menyarung jersi Rossoneri selama 11 tahun.
Sebanyak 300 perlawanan dilalui oleh Inzaghi sebagai pemain Rossoneri. Sebanyak 126 gol dicetak oleh pemain, yang pernah memperkuat Parma dan Juventus, itu sepanjang tempoh itu.
F. Inzaghi: "Nel gol con l'Ajax decisivi i tacchetti. Doppietta al Real? La serata più bella dopo Atene": Filippo Inzaghi, ex attaccante del Milan, ha parlato in occasione di una diretta Instagram insieme al giornalista Carlo Pellegatti. https://t.co/qyzY1EBn4B pic.twitter.com/pIgDqAKUqS
— sportlive (@sportli26181512) April 23, 2020
Perlawanan diantara Milan dan Ajax di perlawanan kedua suku akhir UEFA Champions League 2002/2003 adalah yang paling dikenang oleh Inzaghi. Perlawanan yang berlangsung di San Siro itu dimenangi oleh Milan dengan jaringan 3-2.
Inzaghi mencetak gol pertama Milan pada minit ke-30, sebelum ia disamakan oleh Jari Litmanen pada minit ke-63 perlawanan.
Andriy Shevchenko bagaimanapun memastikan Milan kembali mendahului dua minit selepas itu.
Namun kelebihan milik Milan itu kemudiannya dipadam oleh Steven Pienaar.
Bagaimana pun gol pada masa kecederaan oleh Inzaghi akhirnya memastikan kemenangan buat Milan. Bola tandingan Massimo Ambrossini disambut tendangan lob Inzaghi,
Bola tersebut bagaimana pun sempat disentuh John Dahl Tomasson dengan kakinya sebelum bergolek ke dalam gol.
Gol tersebut bagaimanapun diberikan kepada Tomasson. Aneh sekali, Inzaghi tetap memilih gol tersebut sebagai gol pilihan dan kegemarannya – yang beliau jaringkan.
“Lagi luar biasa walaupun selepas 17 tahun berlalu, sampai hari ini saya masih memikirkan [gol] itu,” kata Inzaghi kepada Football Italia.
“Ia terasa baru kelmarin. Malam [perlawanan] itu tetap di hati saya selamanya. Hal paling lucu adalah jika anda bertanya setiap anggota skuad Milan pada ketika itu, gol mana saja yang menjadi kegemaran mereka, selain final di Athen, mereka akan berkata gol di minit-minit akhir menentang Ajax.
“Malangnya gol tersebut tidak tercatat atas nama saya,” dia menambahkan.