Expand To Show Full Article
Gol Ke-100 Jadikan Keisuke Honda Pemain Profesional Pertama Cetak Jaringan Di Lima Benua - Grandstand Kita

Gol Ke-100 Jadikan Keisuke Honda Pemain Profesional Pertama Cetak Jaringan Di Lima Benua

Keisuke Honda tidak perlu menunggu lama untuk mencipta nama sebagai penjaring apabila berjaya berbuat demikian dalam debut beliau bersama Botafago menentang Bangu di pertandingan Campeonato Carioca pada Ahad.

Bekas bintang Jepun itu menyertai kelab Brazil tersebut pada jendela perpindahan Januari dan pantas memberikan impak kepada pasukannya.

Honda membuka tirai jaringan pada minit ke-28 perlawanan, apabila sepakan penalti yang diambilnya berjaya menewaskan penjaga gol lawan.

Namun Bangu bangkit selepas itu melalui jaringan Rhainer pada babak kedua perlawanan untuk perlawanan berkesudahan dengan jaringan 1-1.

Keputusan seri itu meletakkan Botafago di tangga ke-4 Kumpulan A dengan empat mata selepas tiga perlawanan.

Gol oleh Honda ini istimewa kerana ia merupakan gol ke-100 peribadinya dalam karier profesional.

Lebih menarik, jaringan melalui sepakan penalti tersebut turut menkadikan Honda sebagai pemain bola sepak profesional pertama di dunia yang mencetak gol di lima bernua berbeza.

Lima benua tersebut adalahΒ  di Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Oseania.

Ini bermakna Honda hanya belum menjaringkan gol di peringkat kelab bersama pasukan dari benua Afrika.

Bagaimanapun secara teknikalnya, Honda pernah menjaringkan gol di benua Afrika apabila beraksi bersama Jepun di Piala Dunia 2010.

Honda menjaringkan gol ketika membantu negaranya menewaskan Cameroon 1-0 dan kemudiannya Denmark dengan jaringan 3-1 di peringkat kumpulan.

Antara kelab yang pernah diwakili Honda di lima bernua berbeza di mana beliau mencipta nama adalah Nagoya Grampus Eight (Jepun/Asia), VVV-Venlo (Belanda/Eropah), CSKA Moskow (Rusia/Eropah), dan AC Milan (Itali/Eropah).

Karier profesional Honda kemudiannya disambung bersama CF Pachuca (Mexico/Amerika Utara), Melbourne Victory (Oseania), dan kini Botafogo (Brazil, Amerika Latin).

Kongsi artikel ini