Gol Kai Havertz Julang Chelsea Mahkota Liga Juara Eropah 2020/2021 Kali Ke 2

Chelsea berhak ditabalkan sebagai juara Liga Juara Eropah bagi musim 2020/2021 setelah berjaya menewaskan pasukan yang dimahkotakan sebagai juara Liga Premier Inggeris 2020/2021 Manchester City di bawah pengendalian jurulatih Pep Guardiola 1-0 di  Estádio do Dragão , Porto awal pagi tadi.

Ini adalah kali kedua The Blues merangkul mahkota kejuaraan berstatus elit ini selepas mereka melakukannya pada tahun 2012 ketika Roberto Di Matteo dilantik menjadi jurulatih dipertengahan musim tersebut yang kebetulan juga Thomas Tuchel melalui garis masa yang sama dengan menggantikan Frank Lampard pada Januari lepas.

Thomas Tuchel merupakan bekas pengurus Paris Saint Germany (PSG) Perancis yang juga dipecat oleh pemilik kelab itu pada hujung tahun lepas ternyata amat gembira dengan kejuaraan UCL buat kali pertama untuk beliau dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila berjaya mengubah prestasi Chelsea menjadi pencabar kepada semua pertandingan yang mereka sertai.

Perlawanan yang diadakan dengan kehadiran seramai 10 ribu penonton di Estádio do Dragão menunjukkan para penyokong dua kelab ini sanggup terbang ke Porto untuk menonton final Liga Juara Eropah di antara dua kelab gergasi Inggeris.

Manchester City serta Chelsea menurunkan skuad kesebelasan yang terkuat untuk 90 minit perlawanan tersebut dan dijangkakan akan bermain secara agresif untuk menewaskan lawan di antara satu sama lain dan ternyata aksi persembahan kedua pasukan membuatkan penonton sentiasa berada dalam debar.

Kedua-dua pasukan memberikan tekanan kepada skuad lawan untuk mendapatkan jaringan namun Chelsea tampak kebal di barisan pertahanan yang ditunjangi oleh Thiago Silva , Azpilicueta dan Rudiger. Mereka berjaya menyekat beberapa peluang pemain Manchester City untuk menjaringkan gol.

Gol dari Kai Havertz terhasil selepas Mount membuat killer pass yang padu dari jarak jauh dan terus ke kaki pemain Jerman ini dan menewaskan Ederson untuk jaringan pertama Chelsea di minit ke 42.

City terus menggandakan asakan pada separuh masa kedua beberapa beberapa peluang yang ada gagal dimanfaatkan sebaik mungkin walaupun masa kecederaan diberikan sehingga tujuh minit oleh pengadil Antonio Mateu Lahoz.

Selepas pemecatan Lampard , Roman Abromovich terus menawarkan kontrak kepadaThomas Tuchel untuk menjadi pengurus Chelsea dan ia merupakan satu pilihan yang tepat oleh hartawan dari Russia ini.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email