Dries Mertens muncul sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak untuk Napoli selepas jaringannya menyingkirkan Inter Milan di peringkat separuh akhir Coppa Italia pada awal pagi tadi.
Mendahului 1-0 daripada perlawanan pusingan pertama yang lalu, kelebihan Napoli pantas dipadam oleh Cristian Eriksen yang menjaringkan gol terus dari sepakan sudut – hanya selepas dua minit perlawanan berlangsung.
Jaringan tersebut bukan sekadar terus dari sepakan sudut. Ia juga melalui celah kangkang Ospina.
Namun berbaki empat minit sebelum perlawanan babak kedua tamat, Mertens menjadikan agregat 2-1 selepas beliau menyempurnakan hantaran daripada Lorenzo Insigne hasil satu serangan balas pantas.
Ia adalah gol ke-122 Mertens buat Napoli, mengatasi rekod yang dihasilkan Marek Hamsik dengan kelebihan satu gol.
Mertens yang diberi nama jolokan ‘Ciro’ oleh penyokong Napoli – merujuk kepada hubungan berpanjangan pemain dan kelab – kini turut mengatasi jumlah jaringan legende kelab, Diego Maradona dengan tujuh gol.
Kali terakhir Napoli memenangi kejuaraan Coppa Italia ialah pada 2014, dan kini akan berhadapan Juventus di perlawnan akhir yang akan diadakan di dalam stadium kosong pada Rabu akan datang di Stadium Olimpik, Rom.
🔴⚽Christian Eriksen just scored a goal from a corner kick.
Madness!!
Inter goes ahead of Napoli with a goal. pic.twitter.com/O8iZYfcBLG— KK SPORTS (@kksports_gh) June 13, 2020
Gol Fabian Ruiz di perlawanan pusingan pertama nyata memberi kelebihan kepada Napoli dalam perlawanan pusingan kedua ini.
Jika perlawanan pertama pada 12 Februari lalu dihadiri 60,000 penyokong di San Siro, tidak ada kelibat penyokong hadir dalam perlawanan kedua kali ini.
Inter berjaya menyamakan agregat seawal minit ke-2 perlawanan apabila sepakan sudut Eriksen berjaya mengelirukan David Ospina.
Inter sepatutnya menyalahkan diri sendiri apabila dua kali gagal menyudahkan peluang selepas itu.
Ospina -> Insigne-> Mertens
Love straightforward goals like this. pic.twitter.com/LWFkD52H03
— Junior Maruwa (@juniormaruwa) June 13, 2020
Namun kredit turut harus diberikan kepada Ospina yang cemerlang menyelamatkan percubaan daripada Romelu Lukaku dan Antonio Candreva selepas melakukan kesilapan awal.
Mertens kemudiannya mencipta rekod baharu kelab dan kembali memberi kelebiha kepada Napoli selepas bekas pemain PSV Eindhoven itu tenang menyempurnakan peluang terhidang yang bermula daripada celrance oleh Ospina.
Dries Mertens now stands alone atop Napoli's all-time scoring charts 🔝 pic.twitter.com/zeXsOMbfkN
— FOX Soccer (@FOXSoccer) June 13, 2020
Insegne turut berpeluang memberi kemenangan kepada Napoli dan melebarkan agregat, namun percubaan beliau tidak menepati sasaran.
Ospina kemudiannya cemerlan menafikan Eriksen dan Victor Moses untuk memastikan Napoli melangkah ke perlawanan akhir.