VIDEO: Gol ‘Bicycle Kick’ Dari Setiap Sudut Wayne Rooney Yang Membenam Man City

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Begitulah mungkin cara kita nak umpakan jaringan Wayne Rooney hampir sedekad yang lalu dalam pertemuan menentang Manchester City.

Ia adalah perlawanan derbi setempat. Digelar ‘Derby Manchester’ kerana menemukan dua kelab bola sepak setempat.

Manchester United dan Manchester City mungkin berada di kasta berlainan pada hari ini. Namun pertemuan kedua-dua pasukan tidak pernah lari daripada momen-momen yang menjadi ingatan zaman berzaman.

Antaranya ialah perlawanan diantara Manchester United vs Manchester City pada 12 February 2018. Seminggu sebelum itu, United tewas buat kali pertama kepada kelab bawahan, Wolverhampton Wanderes, menjadikan tekanan milik United pada perlawanan ini.

Malah sepanjang tempoh perlawanan, Manchester City dianggap sebagai pasukan yang bermain lebih baik sebelum Nani memberikan pendahulan pada minit ke-41 untuk mendahului pada babak pertama perlawanan.

Memasuki babak kedua, City tampil lebih garang. Akhirnya skuad kendalian Roberto Mancini pada ketika itu berjaya menyamakan kedudukan. Berpunca dariapada penyerang baharu pada ketika itu, Edin Dzeko, rembatannya terbias David Silva untuk mengelirukan David de Gea di hadapan gawang.

Kedudukan 1-1 pada ketika itu meresahkan penyokong Manchester United di Old Trafford juga yang berada di hadapan TV di seluruh dunia.

Minit ke-78 perlawanan magis dari Wayne Rooney tiba. Nani menerima bola di bahagian half space, betul-betul di hujung penjuru kiri kotak penalti City daripada maestro, Paul Scholes.

Dengan tenang, pemain sayap dari Portugal itu melintangkan bola, dan disambut oleh ‘bicycle kick’ Wayne Rooney untuk menggamatkan Old Trafford.

Sir Alex Ferguson menyifatkan gol tersebut adalah yang terbaik beliau pernah saksikan sepanjang tempoh 25 tahun mengendalikan pasukan tersebut pada ketika itu.


Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.

Wayne Rooney v Manchester City

You've voted Wayne Rooney's overhead kick v City as our #MUFCGOALCUP champion and best Premier League goal!

Posted by Manchester United on Thursday, November 10, 2016

Hujung minggu ini kedua-dua pasukan akan menyambung perseteruan. Adakah jaringan-jaringan hebat sebegini mampu dijelmakan pemain kedua-dua pasukan sekali lagi?

Kongsi artikel ini