Ryan Giggs berkata corak pengurusannya lebih dipengaruhi oleh Louis van Gaal berbanding Sir Alex Ferguson, walaupun Giggs telah memenangi semua kejuaraan peringkat kelab bersama pengurus legenda dari Scotland itu.
Giggs menghabiskan keseluruhan kariernya bersama Manchester United di antara tahun 1990 sehingga 2014.
Sepanjang tempoh itu, Giggs menjuarai pelbagai kejuaraan termasuk 13 gelaran Liga Perdana Inggeris, dan dua kejuaraan Champions League – semunya ketika dikendalikan oleh Sir Alex.
Ryan Giggs explains difference between Sir Alex Ferguson and Louis van Gaal at Manchester United #mufc https://t.co/dSoSykXByt
— Man United News (@ManUtdMEN) May 6, 2020
Giggs bersama Sir Alex
Kerjasama kedua-duanya membantu United menjuarai Piala FA pada 2016, dan pengurus Wales itu berkata aspek penerapan taktikal oleh jurulatih Belanda itu adalah sempurna untuk membantu beliau membangunkan diri sebagai seorang pengurus.
“Saya berada di bawah Sir Alex selama lebih 20 tahun dan beliau hanya akan menamakan kesebelasan utamanya sejam setengah sebelum sepak mula.” kata Giggs kepada Athletic.
Ryan Giggs and Sir Alex Ferguson. pic.twitter.com/IIb5e57g9a
— 90s Football (@90sfootball) October 27, 2016
“Hanya masa tertentu [diumumkan awal], menentang Barcelona [Champions League, 2008] di separuh akhir kerana ada sesuatu dia mahu lakukan.
“Namun kebiasaannya semua sudah tahu tugasan masing-masing. Kami cuma akan mengubah sedikit sahaja berdasarkan keperlian. Selama ini saya berjaya bermain dengan kaedah itu.
“Jika ada pemain yang seperti terpinga-pinga dan terkejut, itu bermakna mereka tidak cuku bersedia melakukan tugasan yang diberi.”
Di bawah kendalian Van Gaal
Selepas persaraan Sir Alex ada 2013, diikuti musim yang merudum di bawah kendalian David Moyes, Van Gaal tiba mengambil alih dan menjadikan Giggs sebagai pembantunya.
“Ia berbeza ketika bawah kendalian Louis. Beliau lebih banyak menekankan aspek taktikal, pemain baharu, cara yang berlainan untuk bermain, falsafah berbeza, dan saya berpendapat beliau tiba di kelab dengan mentaliti antarabangsa, seperti bagaimana beliau mengendalikan pertemuan, dan juga persediaan sebelum perlawanan,
Giggs on van Gaal:
“He worked a lot more [than Ferguson] on tactical aspects, new players, different way of playing, different philosophy, and I felt he came into club football with that international mentality regarding meetings, preparations…” pic.twitter.com/XMsEALe3eY
— Glory Glory Man Utd (@GloryGloryMan16) May 6, 2020
“Jadi bagi saya untuk tugasan pertama, perkara ini amat sempurna sekali.
“Dalam perlawanan menentang Slovakia misalnya, pemain sudah mengetahui [peranan] dua hari sebelumnya, kerana ketika itulah saya mengadakan pertemuan diikuti dengan latihan XI vs XI.
“Mereka semua tahu apabila pemain dinamakan. Saya tidak mahu ada pemain terkejut, seperti Ashley [Williams] ketika beraksi bersama Wales sebelum ini.”
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan Giggs, kita boleh mengetahui bagaimana perbezaan peranan turut memainkan peranan kepada kefahaman.
Di bawah kendalian Si Alex, Giggs berstatus pemain. Jurulatih hanya akan memberikan arahan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan taktikalnya berkesan.
Sebagai contoh, sebagai seorang pemain sayap, Sir Alex tidak perlu memberitahu kepada Giggs bagaimana seorang pertahanan tengah patut bertahan.
Di bawah Van Gaal, Giggs adalah salah seorang jurulatih. Van Gaal mahukan setiap jurulatih di bawah kendalian beliau melatih pemain mengikut taktikal yang beliau mahukan. Untuk berbuat demikian, seseorang jurulatih harus memahami keseluruhan struktur taktikal.
Terdapat pebezaan dari segi insight di sini. Dari segi taktikal juga Sir Alex dan Van Gaal turut mempunyai falsafah bola sepak yang berbeza. Kedua-duanya tidak jauh dari segi zaman. Namun corak permainan dan penerapan itu berbeza.
Misalnya, Sir Alex lebih kepada pengurusan ‘man management’, manakala Van Gaal lebih kepada taktikal di atas padang.
Secara tidak langsung semua ini menyebabkan Giggs lebih selesa mendapat ilmu bergurukan Van Gaal, berbanding Ferguson.