Gerakan Tanpa Sentuh Bola Pemain UiTM Kelirukan Dua Pemain Selangor II, Rupa-Rupanya Penerima Anugerah Dekan Universiti

Hanya dengan lenggok badan mengelirukan dan tanpa menyentuh bola, pemain UiTM FC ini berjaya mengelirukan dua pemain pertahanan Selangor FC II sebelum melarikan bola.

Pemain yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Faris Hafiz yang mencuri perhatian dengan gerak badan menarik atau ‘body feint’ mengelirukan dalam perlawanan menentang Selangor FC II dalam saingan Liga Premier baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UiTM FC Lions (@uitmfc)

Walaupun UiTM FC tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut, aksi Faris dalam perlawanan tersebut terus mendapat perhatian dan video gerakan tersebut mulai tular di media sosial.

Musim ini UiTM FC membina sebuah pasukan dengan bajet yang terhad, tetapi tetap mengimpikan mampu membina sebuah skuad yang mantap menggunakan khidmat-khidmat pemain sedia ada yang hampir kesemuanya merupakan pelajar UiTM.

Dan salah seorang daripadanya adalah Faris Hafiz. Pemain berjersi No.47 itu adalah salah seorang penuntut UiTM dan merupakan pelajar di dalam jurusan Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi.

Bukan hanya lincah di atas padang dan memiliki masa depan sebagai pemain profesional, pemain muda ini juga adalah seorang pelajar yang pintar.

Malah dalam peperiksaan semester sebelum ini, Faris bersama tiga lagi rakan dalam pasukan turut tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Dekan universiti itu.

Apa yang dilakukan Faris dan rakan-rakannya itu sedikit sebanyak memadam stigma pemain bola sepak sukar untuk mencapai kemajuan yang sama di dalam bidang akademik.

Kongsi artikel ini