Pemain sayap Napoli, Hirving Lozano telah dihalau dari menyertai latihan skuad utama Napoli oleh jurulatih, Gennaro Gattuso selepas tidak menampilkan komitmen sepenuhnya ketika latihan.
Pemain sayap kelahiran Mexico itu bergelut dengan prestasi selepas berhijrah dari PSV Eindhoven pada musim panas lalu, dan kini semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan sejak ketibaan Gattuso pada Disember lalu.
Dan menurut Corriere dello Sport, nsiden terbaru ini seolah-olah memberi indikasi tempoh Lozano bersama Napoli tidak akan kekal melangkaui musim ini.
NEWS 📌
🚨 Napoli outcast Hirving Lozano was reportedly removed from the training ground by coach Gennaro Gattuso during the preparation for the Coppa Italia Final. Lozano’s future at the San Paolo is highly uncertain and Carlo Ancelotti could sign him at Everton.
📰 (CDS) pic.twitter.com/RAkWYxb017
— Broken Football (@football_broken) June 16, 2020
Akhbar di Itali itu melabel pemain berusia 24 tahun itu tidak menunjukkan kesungguhan sepatutnya ketika menjalani latihan, sehingga menyebabkan Gattuso bertindak demikian dan menyebabkan masa depannya bersama kelab Itali itu tergugat.
Namun demikian perkembangan terbaru ini mungkin akan menarik minat daripada Everton dan Manchester United yang dikatakan pernah berminat untuk mendapatkan pemain tersebut sebelum ini.
Hirving Lozano was reportedly kicked out of Napoli's training session yesterday by manager Gennaro Gattuso due to lack of effort and concentration.
Don't mess with Gattuso 💪 pic.twitter.com/0UG5jA6Cjp
— MansionBet (@MansionBet) June 16, 2020
Bulan lalu Napoli dikatakan tidak terdesak untuk menjual pemain berusia 24 tahun yang dibawa masuk dengan nilai £33 juta pada pada musim panas lalu.
Namun kelab Serie A itu kini mungkin sudi mendengar sebarang tawaran pada nilai £43 juta untuk pemain tersebut – angka yang dianggap tidak munasabah dalam pasaran pada hari ini.
Hirving Lozano was kicked out of training by Gennaro Gattuso after showing lack of commitment' during training.
Manchester United and Everton are rumoured to offer him a route out of Napoli pic.twitter.com/7M99atkWe4— Evertons The Kendall End (@TheKendallEnd) June 16, 2020
Sejak berhijrah ke Itali, Lozano telah melakukan 28 penampilan dalam semua pertandingan, menjaringkan tiga gol dan menghasilkan dua bantuan gol sepanjang tempoh itu.
Bagaimanapun Lozano hanya pernah tampil dalam satu perlawanan sahaja sebagai kesebelasan utama selepas ketibaan Gattuso dan selebihnya adalah sebagai pemain gantian.
Â
Â