Gareth Southgate : Petualang 1996 Yang Kini Menjadi Hero Sanjungan England

England menempah tiket ke perlawanan akhir EURO 2020 setelah berhempas pulas menundukkan pasukan Denmark 2-1 di Stadium Wembley yang menjadi kebanggaan rakyatnya yang mencintai bolasepak Inggeris sebentar tadi.

Gol kemenangan Three Lions diperolehi daripada penyerang mereka Harry Kane yang menyambar peluang kedua selepas sepakan penaltinya gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Denmark , Kasper Schemeicel di separuh pertama masa tambahan.

Sebelum itu , Denmark terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma daripada Mikkel Damgaards minit ke 30 sebelum kesilapan kapten mereka Simon Kjaer dengan gol jaringan sendiri ketika menahan asakan serangan dari England.

Apa yang pasti ketua jurulatih Gareth Soutgate adalah individu yang pasti meraih pujian yang melangit tinggi daripada penyokong England yang terpaksa menunggu 55 tahun lamanya untuk mengulangi kembali kejayaan mara ke perlawanan akhir dalam kejohanan utama dunia selepas 1966.

Sejarah Gareth Southgate semasa menjadi pemain yang sangat dibenci oleh penyokong England kerana beliau menjadi punca kegagalan England untuk mara ke perlawanan akhir dalam mengambil sepakan penalti di EURO 1996 adalah sesuatu yang pasti tidak akan dilupakan.

Dilahirkan di Watford pada 3 September 1970 , Southgate ialah seorang peminat Manchester United ketika kecil bukanlah seorang budak yang terus bermain bola sepak pada ketika itu.

Dia memasuki sukan olahraga dan juara dalam sukan lompat jauh , seorang pelari pecut 200 meter di kelab sukan Crawley dan Sussex Athletic semasa zaman kanak-kanaknya. Soutgate juga pernah bermain bola keranjang dan ragbi serta cemerlang dalam akademik pembelajarannya.

Pada usia 14 tahun Southgate didiagnosis menghidap penyakit Osgood Schlatter satu penyakit yang melibatkan keradangan tulang kaki bawah berhampiran sendi lututnya.

“Dia terpaksa berhenti daripada bergiat aktif dalam sukan berbulan-bulan lamanya dan penyakit itu membuatkan dia amat berasa kecewa sekali.” menurut ayahnya Clive Southgate.

Ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar Southgate ke akademi bola sepak Crystal Palace pada tahun 1988 , kelab selatan London sebagai pelatih dan juga seorang pelajar dengan keadaan kesihatan fizikal yang menyakitkan.

Perkembangan bakat Gareth Southgate tidak berjalan lancar. Kemahirannya perlahan sehingga menyebabkan ketua jurulatih pembangunan remaja kelab , Alan Smith sangat memarahinya sehingga menyuruh dia lupakan bola sepak dan menjadi agen pelancongan.

Atas kata-kata makian daripada jurulatihnya itu , beliau bekerja keras memperbaiki fizikal dan kemahiran bola sepaknya dan akhirnya berbaloi. Southgate berjaya membuat penampilan pertama dalam karier professionalnya sebagai pemain bola sepak bersama Crystal Palace pada Oktober 1990.

Gareth Southgate (R) in action for Crystal Palace in 1992. Pic: Action Images Film

Menjadi seorang kapten yang paling muda dalam kelab itu pada usia 22 tahun selepas Alan Smith dinaikkan pangkat menjadi ketua jurulatih kelab tersebut.

Setelah memimpin Palace ke gelaran Divisyen Pertama pada tahun 1993-94 , Southgate meninggalkan musim berikutnya selepas disingkirkan dari Liga Perdana dengan aksi 150 penampilan untuk kelab.

Aston Villa membelinya dengan harga £ 2.5 juta pada tahun 1995 dan pada tahun yang sama beliau beraksi untuk England debut yang pertama daripada 57 cap antarabangsa.

Langit Hitam di Wembley

Di bawah pengurus Terry Venables, dia bermain dalam setiap perlawanan untuk pasukan kebangsaan di Euro 96 , ketika nyanyian Baddiel dan Skinner’s Three Lions (Football’s Coming Home) muncul di Wembley buat pertama kalinya.

Southgate (bottom right) lines up for England at Euro 96

Pada malam 26 Jun England menentang lawan yang kuat iaitu Jerman di separuh akhir kejohanan EURO edisi ke-10. Perlawanan itu berakhir dengan kedudukan seri 1-1 dan ia terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Pada kedudukan 5-5 , Southgate mengambil sepakan penalti yang ke-6. Semua mata dalam Wembley memandang ke arahnya. Penjaga gol German , Andreas Kopke telah bersiap sedia dan Southgate menyepak ke sebelah kanan pintu gol tetapi berjaya diselamatkan sebelum Andres Moller menjadi wira yang menyingkirkan England dari mara ke perlawanan akhir.

Gareth Southgate's penalty miss saw England crash out of Euro 96

Beberapa tahun kemudian, Southgate mengakui penyingkiran England dari Euro 96 adalah saat paling sukar dalam kehidupan profesionalnya dan dia masih menyesal hingga hari ini.

“Anda mungkin merupakan pemain yang dalam prestasi kemuncak dimiliki pasukan dalam masa 30 tahun tetapi membuatkan penyokong berasa sangat kecewa , anda mahu menjauhi dari stadium kerana merasakan anda adalah orang yang bertanggungjawab kepada kekalahan itu.”

Jurulatih kebangsaan yang disindir oleh penyokong sendiri

Siapa Southgate? Itulah pertanyaan pertama dari penyokong England sendiri yang terkejut dengan pemilihan nama itu oleh FA England pada tahun 2016 , sebagai jurulatih skuad senior England bagi menggantikan Sam Allardyce yang terlibat dengan skandal jual-beli pemain.
Gareth Southgate pictured during his reign as England under-21 manager
Southgate pada ketika itu telah pun dilantik sebagai jurulatih skuad England bawah 21 tahun , mengambil amanah tersebut walaupun ada pihak tertentu mengkritik perlantikannya. Ini termasuklah pemilihan pemain yang sangat tidak dikenali kerana ada pemainnya yang diambil dari kelab Liga Championship.
Southgate tidak mengambil pusing dengan kritikan itu. Dengan sikap kepimpinan dan visinya yang bagus serta sangat mengambil berat kepada pemainnya dia membawa skuad yang dianggap pasukan paling lemah dalam kejohanan Piala Dunia 2018 sebagai satu pasukan yang baharu dengan taktikal baharu , suasana harmoni dan bersatu padu.
Akhirnya beliau membalas kritikan itu dengan kejayaan menempah ke separuh akhir Piala Dunia dan walaupun kalah dengan Crotia ia adalah langkah pertama yang amat besar untuk The Three Lions yang membuka mata penyokong England.

Wembley Baharu menunggu Juara Baharu

Menentang Itali yang dianggap calon utama bergelar juara dalam kejohanan EURO2020 ini bukanlah mudah kerana skuad kendalian Roberto Mancini tidak pernah lagi kalah dalam 33 perlawanan antarabangsa.

Tetapi inilah masanya skuad Gareth Southgate membuktikan sesuatu bahawa kejohanan kali ini sebagai penamat kepada bagi kegagalan untuk menjulang Trofi Kejohanan Dunia yang mampu menghadirkan sejuta wajah senyuman kepada rakyat England apatah lagi akan bermain di stadium Wembley yang serba baharu.

Kini Southgate bukan lagi petualang England.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email