Dengan adanya dua pemain naturalisasi dari Brazil, pasukan Harimau Malaya berpotensi menyaksikan gandingan duo samba Brazil di bahagian tengah dalam dua perlawanan persahabatan persahabatan menentang Turkmenistan pada Khamis ini, diikuti perlawanan menentang Hong Kong pada 28 Mac akan datang.
Dua pemain muka baru yang dimaksudkan adalah Paulo Josue dan Endric dos Santos yang mendapat taraf kerakyatan negara ini baru-baru ini.
Malah potensi untuk melihat gandingan kedua-dua pemain mengemudi jentera tengah pasukan negara semakin menjadi kenyataan apabila setakat ini kedua-dua pemain berjaya membentuk persefahaman jitu ketika sesi latihan, walaupun selama ini tidak pernah beraksi bersama di peringkat kelab.
Endrick dos Santos dan Paulo Josue kini Harimau Malaya! 🐯
Feroz Baharudin, Sikh Izhan, Damien Lim, Daniel Ting dan Nooa Laine turut menjadi antara muka baru dalam skuad 27 pemain Harimau Malaya. 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/5SnTyL7MqR
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 14, 2023
Ditemubual oleh wartawan portal Flash Sukan, Josue yang sudah bersama Kuala Lumpur City FC sejak 2017 lagi begitu positif mengenai gandingannya bersama Endrick pada ketika ini.
“Sangat bagus. Saya boleh memahaminya dengan lebih mudah atas faktor bahasa dan bertutur bahasa Portugis. Dia rakan sebilik di sini,” kata Josue.
“Kami tak pernah bermain bersama tetapi saya suka gaya permainan dan kami akan buat yang terbaik untuk pasukan.”
Skuad negara yang dikumpulkan oleh Kim Pan-gon pada kali ini sebenarnya agak unik kerana pilihan pemain yang ada.
Peminat Sambut Baik Kehadiran Paulo Josué Dan Endrick dos Santos Dalam Skuad Harimau Malayahttps://t.co/PzogjmgMzJ pic.twitter.com/Gpa9Y5TQos
— VOCKET FC (@vocketfc) March 16, 2023
Selain Paulo Josue dan Endrick dos Santos, jurulatih dari Korea Selatan itu turut mempunyai pilihan lain untuk digandingkan di jentera tengah seperti Syamer Kutty, Stuart Wilkin, Nor Azam Azih, Brendan Gan, dan Nooa Laine.
Kebiasaannya, jurulatih dari Korea Selatan itu akan menggunakan seorang pemain pertahanan tengah, digandingkan dengan dua lagi pemain tengah yang berperanan sebagai box-to-box midfielder untuk melancarkan gerakan.
Sistem ini turut dibantu oleh gandingan pemain sayap yang memiliki kepantasan di sebelah kiri dan kanan seperti Arif Aiman, Akhyar Rashid, Faisal Halim.
Ia bagi memastikan aspek transisi menggunakan kepantasan ketika bertahan dapat diterjemahkan ketika melakukan serangan ke kubu lawan.