Pemain bintang JDT dan Safawi Rasid menarik perhatian ramai melalui perkongsian beliau di Instagram semalam.
Apa tidaknya. Pemain berusia 23 tahun itu kelihatan bergambar dengan sebuah Porsche berwarna merah – ibarat kereta baru di Hari Raya.
Seperti mana-mana pemain atau sesiapa sahaja, kereta mewah seperti Porsche pasti sentiasa menjadi salah satu impian untuk dimiliki.
Menurut laporan Berita Harian yang menghubungi pemain itu, Safawi mengesahkan jentera mewah berwarna merah itu adalah miliknya.
“Sememangnya kereta berkenaan milik saya. Alhamdulillah impian memiliki kenderaan terbabit tercapai dalam usia muda,” ujar beliau.
“Terima kasih diucapkan kepada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu memberi dorongan dan semangat untuk terus berjaya.
“Kejayaan yang dikecapi selama ini hasil sokongan semua pihak termasuk keluarga yang sentiasa bersama saya,” katanya lagi.
View this post on InstagramSHRMZB . #kitajagakita #semogaistiqomah
A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on
Perkongsian Safawi di Instagram semalam mendapat 105K tanda suka, dan 562 komen. Antara yang memberi komen dan mengucap tahniah kepada Safawi adalah rakan sepasukan, Syazwan Andik.
Namun komen daripada pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sendiri turut menarik perhatian.
“Hebat anak Terengganu… Sentiasa bersyukur dan kerja keras. JDT💙♥️,” tulis TMJ di ruangan komen. Komen tersebut turut mendapat ucapan dibalas oleh Safawi: “Junjung Kasih Tunku 🙏🏻🙏🏻 . Alhamdulillah Tunku 🙏🏻🙏🏻❤️💙🙏🏻🐅”.
Menurut laporan Berita Harian lagi, model Porsche tersebut bernilai sekitar bernilai sekitar RM515,000 sehingga RM612,000 ketika baru dibawa masuk memasuki pasaran negara.
Ia dipercayai daripada model 718 Cayma, danjika betul semakan kami, jentera tersebut pada hari ini dianggarkan bernilai RM458,000 sekiranya harga di Mudah.my menjadi rujukan.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Safawi Rasid. Semoga ia terus menjadi dorongan untuk berjaya pada masa depan.
Namun jika ia datang dari generasi sebelumnya, ia mungkin berharga sekitar hanyalah sekitar RM100,000 sehingga RM300,000.