Gaetjhe Sudah Buat Analisis Cara Tumbangkan Khabib – “Tendang Di Betis Sebanyak Lapan Kali”

Selepas menewaskan Tony Ferguson Justin Gaethje untuk menjadi juara interim Lighweight, dengan yakinnya berkata sudah memiliki cara untuk berhadapan dengan pemegang tali pinggang lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.

Setelah mengalahkan Tony Ferguson di UFC 249, Gaethje bakal berhadapan dengan Khabib untuk merebut gelaran juara lighweight UFC.

Petarung berasal dari Amerika Serikat itu bakal menghadapi perlawanan yang berbeza ketika melawan Khabib dibanding ketika menewaskan Ferguson.

Gaya pertarungan Khabib yang lebih banyak menggunakan kaedah kuncian akan mewujudkan cabaran tersendiri bagi Gaethje.

Menyedari lawannya itu memiliki kualit dan berada di kelas tersendiri dengan rekod tanpa kalah dalam pertandingan misxed martial arts,  Gaethje berkongsi cara beliau melatih diri dan serangan yang akan digunakan ketika berhadapan Khabib.

“Saya akan melakukan hal yang sama seperti ketika pertarungan-pertarungan sebelumnya. Saya akan berlatih dengan baik. Hal pertama yang menjadi masalah ketika anda letih adalah kaki.

“Jadi saya akan lebih sering berlari, lompat tali, latihan mengayuh basikan, meloncat, dan merangkak,” kata Gaethje kepada Essentially Sports.

“Jika kaki saya berada dalam kondisi terbaik, saya tidak akan letih. Dan ketika saya tidak letih saya boleh tampil lebih baik. Ketika saya tampil baik, saya boleh menyerangnya.

“Jika saya menyerangnya, saya akan menghentamnya seperti sebuah trak. Saya hanya harus menendang betisnya lapan kali untuk membuatnya lemah,” tambah petarung dengan gelaran The Highlight.

Gaethje dikenal sebagai petarung yang memiliki kemampuan yang baik. Kemampuan pukulan dan tendangan Gaethje sudah menghasilkan 19 kemenangan, sementara tiga kemenangan lain berasal dari kuncian dan perhitungan juri.

Dari 19 kemenangan KO yang direkodkan Gaethje dalam karier MMA, setidaknya ada empat lawan yang ditewaskan melalui tendangan.

Sementara Khabib yang memiliki catatan 28 kali menang tanpa kalah merekodkan 10 kali kemenangan hasil dari mengunci lawan, 10 kali menang dari kiraan juri, dan lapan kali menang KO.

Belum ada tarikh pasti mengenai pertarungan Gaethje vs Khabib. Namun Presiden UFC Dana White sudah mengumumkan perancangan pertemuan dua petarung tersebut bakal berlangsung pada September 2020.

Kongsi artikel ini