G-Shock Edisi Terhad Harimau Malaya Reseller Jual Semula Dengan Harga Kayangan?

Sebagai tanda sokongan kepada skuad Harimau Malaya , syarikat gergasi jam berjenama terkenal Jepun G-Shock telah menjalinkan usahasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengeluarkan jam edisi terhad Harimau Malaya pada hujung bulan Mac yang lalu.

Rekaan jam ini menggunakan model asas G-Shock GA-2000-1A9 dengan warna tradisi kuning dan hitam serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya dan sudah pasti tampak eksklusif dan elegan kepada si pemakainya yang sesuai untuk lelaki mahupun seorang perempuan.

Edisi terhad ini cuma dikeluarkan sebanyak 999 utas sahaja dan mempunyai kod siri dari 02 – 999 yang terletak di bawah tali jam.

Jam Harimau Malaya ini telah pun diterima oleh semua 25 orang pemain Harimau Malaya dan dipakai sepanjang menjalani latihan di Dubai , UAE yang akan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jam tangan ini dijangka menjadi rebutan kerana edisinya yang terhad dengan harga yang akan ditawarkan pada RM 579 sahaja. Namun peminat jam tangan ini akan menjangkakan bahawa ada reseller cuba membeli sebanyak yang mungkin dan menjual semula dengan harga tidak munasabah.

Tidak Sampai Sehari Edisi Terhad Harimau Malaya ‘Sold Out’

Pada Sabtu , 29 Mei 2021 yang lalu , G-Shock edisi Harimau Malaya yang di semua cawangan   G-SHOCK Stores dan G-Factory stores telah habis dijual walaupun tidak sampai sehari penjualannya baru dibuka.

May be an image of wrist watch and text

sumber gambar G-Shock Edisi Terhad Harimau Malaya

Bagaimanapun menurut kenyataan Casio di laman instagram rasminya Casio, tiga cawangan iaitu di  G-Factory Aman Central Alor Setar, G-Factory East Coast Mall Kuantan & G-Factory Spring Mall Kuching mempunyai stok sedia ada namun cawangan berkenaan masih ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Semakan melalui pelbagai saluran penjualan e-dagang mendapati sudah ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan menjual jam tangan tersebut menjangkau harga RM 2,399.00 melalui aplikasi Shopee.

Penyokong Harimau Malaya boleh mencuba nasib mendapatkan jam tersebut secara atas talian bermula 1 Jun (esok) melalui lama e-dagang Shopee rasmi mereka.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email