[Full Highlight]: Union Berlin 0-2 Bayern Munich – Lewandowski Rekod 40 Gol Untuk Musim Ke-5 Straight!

Pendahulu Bundesliga, Bayern Munich mudah menewaskan Union Berlin dalam satu lagi perlawanan Bundesliga yang berlangsung pada malam tadi.

Saingan bola sepak di Jerman dibenarkan untuk dimulakan semula, dengan pemain dan pegawai yang hadir ke stadium diwajibkan menggunakan telikup muka, dan gol juga harus diraikan secara senyap.

Robert Lewandoski memberikan gol pendahuluan kepada juara bertahan melalui sepakan penalti pada minit ke-40 perlawanan.

Ia diikuti oleh tandukan Benjamin Pavard, 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Gol Lewandowski dalam perlawanan ini menjadikan jumlah jaringan pemain itu mencecah angka 40 gol pada musim ini.

Ia juga bermakna Lewandowski berjaya menjaringkan jumlah atas 40 gol buat musim kelima berturut-turut.

Pemain antarabangsa Poland itu tenang menyempurnakan penalti selepas Neven Subotic menjatuhkan Leon Goretzka dalam kotak penalti.

Bayern pada mulanya beraksi agak goyah pada permulaan perlawanan, dan Union Berlin melakukan tekanan pada 10 minit pertama perlawanan berlangsung.

Hanya selepas itu skuad kendalian Hansi Flick secara perlahan-lahan mulai mendominasi perlawanan.

Bayern sepatutnya sudah mendahului lebih awal pada babak pertama perlawanan melalui Thomas Muller.

Namun jaringan pemain itu dibatalkan oleh VAR yang mengesahkan pemain itu berada di dalam posisi offside ketika jaringan dilakukan.

 

Kongsi artikel ini