[Full Highlight]: Dua Gol Bruno, Greenwood Lengkapkan Kemenangan Sempurna United

Manchester United meneruskan misi memburu slot ke pertandingan Champions League pada musim hadapan dengan kemenangan 3-0 ke atas Brighton pada awal pagi tadi.

Ole Gunnar Solksjaer yang menurunkan skuad terkuat United mendominasi perlawanan yang dilangsungkan di Amex Stadium dan kini tidak tewas dalam 15 perlawanan (8 di Premier League) di semua pertandingan.

Kemenangan tersebut meletakkan mereka di tangga kelima liga, ketinggalan dua mata di belakang Chelsea.

Pemain remaja Mason Greenwood menyukarkan pertahanan Seagulls Lewis Dunk dengan skillnya sebelum merembat masuk gol pembukaan untuk Manchester United pada minit ke-16 perlawanan.

United kelihatan sangat tajam di hadapan dan Bruno Fernandes seperti kebiasaan menyerlah. Kali ini pemain dari Portugal itu menyumbangkan dua gol.

Gol pertama Fernandes dalam perlawanan ini tiba pada minit ke-29 selepas bola terbias pemain lawan.

Jaringan kedua pula adalah melalui voli selepas gerakan serangan balas pantas berpasukan oleh United.

Brighton turut menampilkan ancaman pada babak kedua perlawanan, tetapi kali ini David de Gea cemerlang menafikan Aaron Connoly.

Tewas dalam perlawanan ini, bermakna Brighton kekal berada di kedudukan ke-15, dan mempunyai kelebihan 6 mata dari zon penyingkiran.

The Red Devils sebelum ini bergelut dengan struktur bola sepak yang cuba diterapkan oleh David Moyes, Louis van Gaal dan Jose Mourinho.

Namun aksi di bawah kendalian Solksjaer menampilkan free-flowing football yang didambakan peminat selama ini.

Sehingga kini mereka telah menjaringkan 38 gol dari 15 perlawanan yang tidak terkalah, dan dibolosi hanya 4 gol.

United berada di kedudukan kelima, namun ia mungkin sudah mencukupi untuk ke Champions Legue pada musim hadapan, tatkala seteru setempat, Manchester City menanti nasib mereka dalam rayuan pergantungan dua tahun dari pertandingan tersebut.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email