[FULL HIGHLIGHT]: Dortmund 4-0 Schalke – Haaland Buka Tirai Jaringan ‘The Return Of Bundesliga’

Erling Haaland menjaringkan gol pertama Bundesliga apabila saingan bola sepak Jerman itu dimulakan kembali sekaligus memberikan pendahuluan buat Borussia Dortmund dalam perlawanan menentang Schalke pada awal pagi tadi.

Ia adalah musim yang menakjubkan buat pemain muda ini yang berhijrah dari Red Bull Salzburg untuk menyertai Dortmund pada Januari lalu.

Bola sepak telah terhenti sejak Mac, namun ia tidak menganggu momentum penyerang dari Norway itu apabila beliau tampil sebagai penjaring pertama pertandingan apabila ia dimulakan kembali semalam.

Haaland turut meraikan gol ke-10 dari perlawanan kesembilan beliau di dalam Bundesliga dengan menuding jari ke arah tempat duduk penyokong, walaupun tiada siapa hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Keraian tersebut turut mematuhi peraturan penjarakan sosial dari rakan sepasukan Haaland yang lain.

Keraian Haaland itu agak ikonik kerana ia menandakan permulaan semula liga selepas wabak melanda. Haaland sebelum ini dikenali dengan yoga celebration, kali ini melakukan keraian ala ala tarian dengan social distancing.

Dortmund memulakan perlawanan dengan Mario Gotze dan Jadon Sancho kedua-duanya berada di bangku pemain simpanan.

Skuad Lucian Favre menamatkan saingan  babak pertama dengan pendahuluan selesa 2-0 apabila berjaya menambah gol melalui Raphael Guerreiro.

Tiga minit selepas babak kedua bersambung, Dortmund terus unggul apabila terus melabarkan kedudukan melalui Thorgan Hazard yang menyempurnakan serangan balas pantas yang dicetuskan Haaland.

Dortmund melengkapkan kemenangan 4-0 melalui satu lagi gol jaringan Guerreiro pada minit ke-63 perlawanan.

Kemenangan tersebut bermakna Dortmund kini hanya ketinggalan satu mata berbanding pendahulu Bayern Munich. Kelab Bavarian itu hanya akan beraksi pada hari ini menentang Union Berlin.

This is what the table looks like after today's #BundesligaMD26 fixtures! 😍 or 🤬? 🤔

Posted by Bundesliga Official on Saturday, 16 May 2020

Seperti yang dirancang, Bundesliga akhirnya berjaya kembali pada 16 Mei, ini selepas pentadbiran Angela Merkel memberikan lampu hijau kepada DFB. Merkel menyatakan perkara tersebut dalam telesidang sebelum ini.

Namun Merkel mengingatkan bahawa, Bundesliga harus dianjurkan berdasarkan prosedur keselamatan yang ketat. Salah satu daripada protokol yang dikenakan adalah bermain di dalam stadium kosong.

Kongsi artikel ini