Sejumlah pekerja medikal di Itali, atau lebih kita kenali sebagai frontliners menarik perhatian ramai apabila menulis nama pemain kegemaran masing-masing beserta nombor jersi di bahagian pelakang Pakaian Pelindung Diri (PPE).
Tindakan doktor dan jururawat di hospital tersebut mendapat reaksi positif dari ramai pihak.
Itali menjadi negara yang mencatatkan kematian tertinggi akibat penularan wabak yang menyerang seluruh dunia dengan 21,645 direkodka setakat ini – walaupun daripada jumlah kes yang dijangkiti, ia berada di belakang Sepanyol.
Pasukan medikal dan barisan hadapan telah bertungkus lumus bekerja dengan jumlah pesakit yang tidak pernah putus sejak dua bulan yang lalu.
At least 100 doctors in Italy have died from #COVID19.
30 nurses are also believed to have died. Medical groups say health workers make up 10% of Italy's cases, and lack enough protective gear: "It is an unfair fight." pic.twitter.com/21KcHkG9Of
— AJ+ (@ajplus) April 10, 2020
Saingan Serie A Itali juga menjadi saingan bola sepak pertama di Eropah yang terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak berkenaan.
Pengorbanan golongan frontliners sememangnya menyentuh hati ramai pihak. Selain diri mereka yang terdedah secara langsung dengan penyakit tersebut, mereka turut berkorban meninggalkan keluarga selama berminggu lamanya demi pesakit.
Untuk menghiburkan diri mereka dalam kepenatan menjalankan tugas, sejumlah pekerja medikal di negara tersebut menulis nama pemain idola masing-masing beserta nombor jersi pemain tersebut.
Perkara itu telah tular dan mendapat sambutan yang menyentuh hati ramai netizen.
Tidak ketinggalan memberikan penghargaan terhadap golongan frontliners ini adalah kelab di mana pemain-pemain yang mereka jadikan idola beraksi.
Serena fa l’anestesista al Policlinico di Modena e quando gioca l’#ASRoma all’Olimpico percorre 400 km per sedersi al il suo posto in Curva Sud laterale. In questi giorni, però, ha altre priorità: è tra gli eroi che combattono per arginare il #COVID19 giorno e notte
Grazie 💛❤️ pic.twitter.com/w9JBZZqazJ
— AS Roma (@OfficialASRoma) April 15, 2020
Salah satu daripadanya ada AS Roma. Il Lupu memuat naik foto salah seorang pekerja medikal yang bernama Serena Girlando yang memilih nama Francesco Totti di pakaian PPE nya.
“Serena adalah salah seorang kakitangan di Policlinico Modena, dan untuk menyaksikan #ASRoma di Olimpico, beliau harus menempuh perjalanan sejauh 400KM demi memastikannya berada di Curva Sud.
“Namun kini beliau mempunyai keutamaan lain: Beliau adalah salah seorang daru pahlawan yang melawan wabak siang dan malam,” tulis AS Roma di media sosial mereka.
Begitu juga dengan seorang penyokong AC Milan yang bertugas sebagai salah seorang frontliner, dengan nama kapten Rossoneri, Alessio Romagnoli dan nombor jersi 13.
View this post on InstagramA post shared by Alessio Romagnoli (@alessio.romagnoli) on
Foto tersebut dikongsi oleh Romagnoli sendiri di akaun Instagramnya. Pemain berusia 25 tahun itu menggelar peminatnya itu adalah wira pada ketika krisis ini.
“Kelmarin saya menerima foto ini.. dan dia menulis kepada saya ‘kamu adalah idola saya!’ Sebagai ganti jawapan tersebut, saya menjawab anda merupakan yang selayaknya digelar idola,” tulis Romagnoli.
“Anda semua yang mempertaruhkan hidup anda untuk menyelamatkan kami. Tidak ada pemberian yang lebih besar dari ini. Anda semua adalah kebanggaan kami dan kami hanya mampu mengucapkan terima kasih. Terima kasih untuk segalanya,” tambah pemain itu lagi.
negative*