Frenkie de Jong Kosongkan ‘Locker’nya Petanda Perpindahan Ke Manchester United Semakin Dekat?

Pemain midfielder kelab Catalan itu dikatakan telah mengosongkan ‘locker’ di pusat latihan Ciutat Esportiva Joan Gamper dan ia sekaligus menguatkan lagi spekulasi perpindahannya ke kelab Red Devils menjadi kenyataan.

Meskipun pemain berusia 25 tahun itu mahu terus kekal bersama Barcelona , namun masalah kewangan kelab yang teruk itu memaksa De Jong tiada pilihan lain selain angkat kaki dan bergabung semula dengan pengurus baharu Erik Ten Hag di Old Trafford.

Bekas pengurus Ajax itu mahu menjadikan pemain kebangsaan Belanda sebagai keutamaan dalam pembelian pemain pada musim panas ini terlebih dahulu kerana Ten Hag mahu menjadikan De Jong sebagai ‘key player’ dalam revolusi baharu Manchester United musim depan.

 

Manchester United menawarkan bidaan sejumlah €60 juta kepada Barca , tetapi ditolak dan mahukan €85 juta untuk melepaskan pemain berkenaan.

Barcelona membeli pemain itu daripada Ajax dengan harga €80 juta pada tahun 2019 tetapi De Jong bergelut untuk mempamerkan prestasi yang memberangsangkan di Camp Nou.

The Red Devils dipercayai satu-satunya kelab yang telah membuat hubungan rasmi berhubung pemain antarabangsa Belanda itu, yang secara terbuka menyatakan keutamaannya adalah untuk kekal di Barcelona, ​​tetapi enggan menafikan perbincangannya dengan Ten Hag.

Penyokong Manchester United melihat perkembangan perpindahan De Jong ini dikatakan agak bengang dengan situasi ini kerana ia dilihat satu rundingan yang perlahan meskipun beberapa kelab gergasi EPL telah mendapatkan pemain-pemain baharu seperti City – Haaland , Arsenal – Marquinhos dan Liverpool – Nunez.

Kongsi artikel ini