Meskipun pada minit ke-59 Firmino kelihatan sedikit terkejut apabila nombor jersinya dipaparkan di papan pertukaran,Jurgen Klopp masih konsisten menyatakan betapa pentingnya Firmino dalam pasukan Liverpool.
Mampu bermain tiga hingga empat formasi berbeza memberikan satu kelebihan kepada Liverpool dalam saingan EPL bagi tahun ini.
Menafikan hanya menggunakan Firmino,Jota,Mane dan Salah bagi perlawanan menentang Manchester City,Jurgen Klopp bertegas jika gandingan ini boleh digunakan pasukan seperti Manchester Citry ianya juga boleh digunakan menentang mana-mana pasukan dalam EPL.
Meskipun Firmino hanya mampu menjaringkan tiga gol daripada 31 penampilan,harus diingat sejak 2017-2018 beliau sudah melakukan 166 penampilan.Piala Dunia dan Copa America,Firmino sentiasa memulakan permainan.
Penyertaan Firmino yang berusia 29 tahun ini sangat padat.
Jurgen Klopp juga menegaskan sama ada Firmino dalam prestasi terbaik ataupun tidak,beliau sentiasa dalam perancangan skuad Liverpool.
Meskipun kehadiran Jota yang menyumbat 11 gol dalam tujuh penampilan semenjak menyertai Liverpool daripada Wolverhampton dan Shaqiri kelihatan sentiasa bersaing. Jurgen Klopp mempunyai pilihan untuk melakukan penggiliran pemain penyerangnya.
Klopp juga berharap sensasinya yang pernah dipamerkan sebelum ini akan hadir bila-bila masa sahaja.