FIFA Kategorikan Malaysia Antara Pasukan Tertinggi Lonjak Ranking

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi mengeluarkan kedudukan terkini ranking bola sepak dunia.

Tidak banyak perubahan di kedudukan teratas senarai tersebut apabila Brazil kekal sebagai pasukan No.1 dunia.

Belgium turut kekal di kedudukan ke-2 senarai tersebut tetapi Argentina kini bergelar pasukan No.3 dunia selepas memintas Perancis.

England pula tidak berubah dan kekal di kedudukan ke-5 dan lima pasukan terbaik seterusnya diisi oleh Sepanyol, Itali, Belanda, Portugal, dan Denmark.

Malaysia antara yang tarik perhatian

Turut menarik perhatian FIFA mengenai senarai terkini kedudukan tersebut adalah lonjakan yang dibuat oleh beberapa negara.

Kazakhtstan paling menyerlah apabila melonjak 11 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-114 dunia.

Ini diikuti oleh Cuba yang melonjak 10 anak tangga (kini ke-167 dunia), dan Greece melonjak 7 anak tangga di kedudukan ke-48.

Turut berada di dalam senarai selepas itu adalah skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Pusingan kelayakan Piala Asia lonjak kedudukan Malaysia

Seperti dijangka prestasi cemerlang pasukan negara di pusingan kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini akan melonjak kedudukan pasukan negara di kedudukan ranking FIFA.

Dua kemenangan yang dihasilkan oleh pasukan negara bermula dengan kejayaan menewaskan Turkemistan dengan jaringan 3-1 pada perlawanan pertama saingan, dan kejayaan menewaskan Bangladesh bermakna pasukan negara berjaya mengumpul sebanyak 15.46 mata keseluruhan sepanjang kempen kelayakan Piala Asia ini.

Tambahan mata tersebut bermakna pasukan negara berjaya melonjak diri ke kedudukan ke-147 dunia di dalam senarai terkini ranking FIFA.

Kedudukan terkini itu adalah yang terbaik pernah dicapai oleh pasukan negara sejak 2011.

Malaysia buat pertama kali mara ke Piala Asia secara merit di dalam tempoh 42 tahun, dan kenaikkan ranking FIFA pasukan negara juga boleh dianggap bonus untuk prestasi cemerlang tersebut.

Kongsi artikel ini