Macam-macam cara yang dilakukan oleh kelab bola sepak untuk memastikan stadium yang kosong tidak dirasai. Di Jerman misalnya, kelab menyarung tempat duduk dengan jersi kelab, dan guntingan kepingan kadbod menyerupai penyokong sebenar.
K-League pada hari pembukaan diantara Jeonbuk Motors dan Suwon Bluewings pula memainkan rakaman suara penonton.
Apapun kaedah, bola sepak tidak boleh menafikan telah kehilangan aset terbesar iaitu penyokong. Apa pun cara, ia pasti tidak akan sama.
어 여러분 잠깐 이것 좀 봐주실래요…
이거 fc서울 관중석 마네킹인데… 저기 써진 솔로스랑 동명의 회사인 solos가 성인용품이랑 리얼돌을 만드는 회사고 성인용품 모델명들이 서울 플랜카드에 써져있는거랑 똑같아요,, 우연의 일친지 진짠지 모르겠는데 어… 진짜면 협찬이겠죠 ㅋ ㅋ ㅋ ㅋ ; … pic.twitter.com/MMQMIceVLn— 밥풀때기 (@BLUESTAR__23) May 17, 2020
Namun sekurang-kurangnya usaha itu ada. Orang kata paling penting adalah usaha. Namun dalam banyak-banyak usaha, cara dan kaedah yang dilakukan oleh FC Seoul ini adalah yang paling pelik sekali.
Kelab K-League itu memilih untuk meletakkan patung perempuan bersaiz sebenar di tempat duduk penyokong pada perlawanan Ahad lalu.
Malah patung-patung tersebut ditempatkan untuk mengikuti penjarakan sosial – ditempatkan berjarak antara satu sama lain.
Patung ‘untuk orang dewasa’?
Dalam perlawanan diantara FC Seoul menentang Gwangju FC itu, kehadiran patung-patung tersebut juga kelihatan sedikit menakutkan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, patung apakah yang digunakan. Ia sebenarnya patung ‘untuk orang dewasa’.
Kehadiran ‘patung-patung wanita’ ini kelihatan seperti orang sebenar dari kejauhan, dan ketika rakaman televisyen.
FC Seoul put these mannequin supporters in stands which was also tried by Dinamo Brest.
But there is a strong conviction that these 'fans' are actually 'sex dolls' made by a sex doll company.
Hope it is not true, but if it is, it'll be a huge shame. pic.twitter.com/2tVOK2OJhT
— Jinseong Kim (@kimjinseong12) May 17, 2020
Dan ia juga mungkin cara dan kaedah terbar menarik penaja untuk bola sepak pasca wabak ini. Kebanyakan patung-patung itu mempromosi ‘kedai untuk orang dewasa’ – dengan memegang banner kedai-kedai tersebut.
Ditambah dengan bunyian rakaman penyokong, anda yang menyaksikan dari TV dan YouTube pasti kehairanan bila masakah penyokong dibenarkan masuk, kerana ia kelihatan seperti penyokong sebenar.
Norma baharu bola sepak
K-League adalah bola sepak pertama yang disiarkan kembali secara langsung selepas sukan dibenarkan kembali di beberapa negara.
Minggu ini, Bundesliga Jerman turut kembali mewarnai kancah saingan bola sepak eropah.
Jumlah tontonan Bundesliga dikatakan meningkat dua kali ganda daripada kebiasaan – tanda penyokong rindukan bola sepak.
Setiap perlawanan diarahkan oleh kerajaan masing-masing mengikuti protokol yang telah ditetapkan. Bola harus sentiasa disanitasi. Tidak boleh bercakap sesama pemain ketika aksi, dan keraian gol juga tidak boleh semeriah dulu.
Ini semua norma baru bola sepak. Namun penggunaan ‘patung orang dewasa’ ni diragui sekiranya turut termaktub sebagai norma baharu.