FC Midtjylland dalam usaha mereka untuk mengatasi masalah perlawanan bola sepak yang diadakan tanpa penonton tampil dengan idea dan inovasi baru mengatasi masalah itu.
Midtjylland adalah kelab di mana pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools beraksi.
Lebih menarik lagi, kaedah tersebut membenarkan penyokong tetap ke stadium tetapi tanpa perlu terdedah kepada kontak, sekaligus bermakna penyokong yang hadir tetap akan patuh kepada peraturan penjarakan sosial.
Buat masa ini semua perlawanan bola sepak di Denmark telah ditangguhkan tanpa tarikh tertentu untuk kembali sepertimana kebanyakkan tempat lain di Eropah.
FC Midtjylland is planning a 'drive-in' football experience that will allow a maximum of 10,000 supporters in 2000 cars to watch games on big screens around their stadium.
🤔🤔🤔 pic.twitter.com/TEzqS3HUdA
— Footy Accumulators (@FootyAccums) April 19, 2020
Dan apabila saingan musim yang tertangguh itu dimulakan kembali, Midtjylland tampil dengan alternatif untuk berhadapan kemungkinan baki saingan diteruskan tanpa kehadiran penyokong secara fizikal di dalam stadium seperti kebiasaan.
Idea tersebut bagaimanapun tetap membenarkan penyokong merasai atmosfera sama seperti pada hari perlawanan.
Apa yang Midtjylland sedang usahakan adalah untuk menyediakan dua skrin gergasi untuk ditonton oleh 10,0000 penyokong pada setiap perlawanan.
Skrin tersebut akan dipasang sekitar MCH Arena yang boleh memuatkan 2,000 buah kenderaan pada satu-satu masa.
Jika ujian dengan 2,000 buah kenderaan itu berjaya, pihak kelab bercadang lebih banyak kenderaan akan dibenarkan datang selepas itu.
Buat masa ini pihak kelab masih lagi berdialog dengan pihak polis dan pengawai penguatkuasa kesihatan mengenai pelan tersebut.
Untuk pengalaman menyaksikan bola sepak yang berkesan, kelab Denmark itu juga mahu menggunakan radio untuk ulasan perlawanan yang disiarkan di skrin.
Danish club Midtjylland is planning a 'drive-in' football experience that will allow a maximum of 10,000 supporters in 2000 cars to watch games on big screens around their stadium.
Good idea? 🤔 pic.twitter.com/lAkxS9y7BK
— Goal (@goal) April 18, 2020
“Pada masa terdekat ketika kita semua terpaksa menerima hakikat mengadakan perlawanan tanpa penonton, kita berusaha untuk memberi pengalaman terbaik kepada penyokong,” kata pegawai pemasaran kelab, Preben Rokkjaer.
“Drive-in foorball adalah salah satu cara yang mungkin kita boleh aplikasikan sebagai balasan untuk komuniti dan penyokong setia.
Konsep yang dicetuskan oleh Midtjylland ini menyerupai konsep pandu lalu di restoran makanan segera. Anda tidak perlu keluar dari kenderaan untuk menonton perlawanan.
Selesai sahaja perlawanan, anda hanya perlu memandu keluar dan kembali ke rumah.
Menyaksikan perlawanan tanpa penonton di stadium telah menghilangkan banyak perkara. Mungkin idea sebegini adalah idea terbaik yang ada sebagai ganti buat masa ini.