FC Cincinnati melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku apabila mengumumkan Jaap Stam selaku pengurus baharu mereka, namun menggunakan gambar jurulatih lain di Twitter.
Bekas pengendali Reading itu telah menandatangani kontrak dengan kelab MLS itu sehingga Disember 2021, namun terdapat kekeliruan daripada pasukan media mengenai indetiti gambar Stam dengan Tinus van Teunenbroek – yang merupakan jurulatih akademi Ajax.
Teunenbroek yang dimaklumkan mengenai kesilapan yang dilakukan oleh FC Cincinnati berkata ini bukan kejadian pertama membabitkan kekeliruan identiti antara beliau dengan Stam.
Bercakap kepada FOX Sports, Teunenbroek berkata: “Saya mendenar mengenai insiden tersebut melalui salah seorang ibu pelatih. Semua pihak bertanya sekarang sama ada saya telah berhijrah ke Amerika Syarikat.
“Sebelum ini saya pernah disalah sangka sebagai Jaap Stam di Ajax Showtime (syarikat media. Ia semakin kerap apabila saya pergi bercuti, dan orang ramai berteriak: ‘Hey, itu Jaap Stam!”
Stam yang turut pernah mengendalikan PEC Zwolle dan Feyenoord kini menjadi jurulatih kelima Cincinnati menggantikan rakan senegara, Ron Jans.
Bercakap kepada media ketika diperkenalkan kepada media, Stam berkata ia adalah impian beliau untuk membimbing sebuah kelab di MLS dan bekerja di Amerika.
FC Cincinnati announcing Jaap Stam as their new manager with the wrong picture 😂🤦♂️ pic.twitter.com/BvbMDUUaEk
— FUN88 (@fun88eng) May 21, 2020
“Saya sentiasa suakan negara ini, dan saya gemarkan mentaliti rayat negara ini. Begitu juga dengan apa yang mereka mahu capai.
Stam menandatangani kontrak bersama kelab Amerika Syarikat itu sehingga 2021 dengan pilihan untuk menyambung kontrak tersebut sehingga 2022.
Stam mengambil alih pada ketika Cincinnati sedang melalui tempoh terburuk mereka dalam sejarah pada 2018, dan telah tewas dua perlawanan pada musim ini sebelum saingan liga ditunda.
In their announcement tweet, FC Cincinnati put up a picture of a man who isn't Jaap Stam. 😂https://t.co/9cKZF7Xull
— SPORTbible (@sportbible) May 21, 2020
Jurulatih berusia 47 tahun itu beraksi bersama Manchester United selama tiga tahun dan membantu kelab tersebut muncul juara UEFA Champions League pada 1999.
Beliau meletak jawatan sebagai pengendali Feyenoord pada Oktober lalu, selepas hanya lima bulan mengendalikan pasukan tersebut – dan merekodkan hanya tiga kemenangan dari 11 perlawanan yang dikendalikan.