Farah Ann membawa pulang tiga pingat emas sepanjang Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina. Ia tampak mudah buat ratu gimnastik negara ini yang sering menarik perhatian ramai dengan kualiti peribadinya.
Kita harus mengakui Farah Ann adalah seorang atlet yang menarik. Bukan sahaja kerana kejayaan di dalam gelanggang, Farah juga dikenali sebagai seorang atlet yang jelita dan bijak.
Sudah mengesahkan slot untuk ke Sukan Olimpik Tokyo tahun hadapan, pencapaian Farah Ann bukan sahaja hanya ketika latihan di gelanggang.
Lebih daripada itu, ia turut menuntut persiapan mental yang kuat. Dalam temubual bersama Majalah Time Out pada tahun lalu, Farah berkongsi beberapa tips persiapan beliau.
Sentiasa miliki sasaran berlainan
Bagi Farah, ia penting untuk sentiasa mengubah sasaran untuk meneruskan pembangunan potensi. Gimnastik adalah sukan yang menuntut skill baharu setiap hari.
Malah sasaran saya pada 4 tahun lalu adalah berbeza dari sekarang. Dulu ianya hanya untuk Sukan SEA. Sekarang ia adalah untuk tahap Sukan Olimpik.
Dalam meletakkan sasaran, jangan hanya melihat kepada kemampuan tubuh badan (kesihatan, kekuatan fizikal). Ambil tahu juga perkara yang kecil agar anda boleh memantau sejauh mana anda telah pergi sejak dari mula.
Cara begini memberikan anda lebih motivasi kerana anda dapat melihat perkembangannya.
Tiada masalah merasakan diri teruk
Ia amat sukar apabila and harus memberikan komitmen berjam lamanya untuk latihan, tetapi selepas itu tewas dalam pertandingan.
Benarkan diri anda untu berasa kecewa. Apabila saya gagal ke Olimpik sebelum ini, saya tidak boleh berlatih selama dua minnggu. Apabila berbicara mengenai Olimpik, saya akan kecewa,
Seleas itu saya memberitahu diri untuk harus terus maju ke hadapan. Kegagalan adalah sebahagian daripada cara untuk berjaya.
Manusia hanya boleh bangkit daripada kegagagalan, untuk sentiasa memperbaiki kemampuan diri untuk berjaya pada masa hadapan.
Ia membenarkan kita belajar daripada kesilapan, dan mempercayai perkara baik akan tiba pada masanya.
Kekuatan fizikan dan mental harus sejajar
Saya turut mendapatkan khidmat pakar psikologi untuk membantu menyiapkan saya secara mental di kejohanan besar.
Saya sediakan rutin yang bersesuaian agar saya bersedia ketika memasuku arena. Ia menyiapkan saya secara mental.
Persiapan secara fizikal juga amat penting, dan persiapan secara mental adalah tambahan kepada itu.
Apabila anda tahu badan anda bersedia selepas melakukan rutin sama beribu kali di latihan, bersama mental yang bersedia, maka peluang untuk berjaya menjadi lebih tinggi.
Mulakan dengan langkah kecil
Anda harus percata kepada diri sendiri dan yakin dengan setiap impian – sama ada untuk menurunkan berat badan, atau pun impian dalam pekerjaan.
Jika anda gagal percaya kepada diri sendiri, tidak ada orang lain yang boleh memberi sokongan kepada anda.
Ada masanya keadaan menjadi sukar, dan anda mahu berputus asa. Pada masa itu anda sedar impian anda lebih besar daripada apa yang anda rasa ketika itu.
Tulis setiap sasaran dimana anda mahu melihatnya setiap hari supaya anda tidak pernag melupakan apa yang anda mahu usahakan.
Mulakan dengan langkah kecil dalam rutin harian, sebelum melangkah untuk perkara lebih besar. Pada saya ia sangat membantu untuk diri saya menyesuaikan diri dengan rutin baru untuk mencapai impian dan sasaran baharu.
Pastikan diri anda dikelilingi oleh mereka yang mahu bersama anda untuk perjalanan mengejar kejayaan.