Pemenang Anugerah Olimpian Terbaik 2019 menepati ramalan apabila ratu gimnastik negara, Farah Ann Abd Hadi dan atlet wushu, Loh Choon Hoe masing-masing dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut.
Majlis penyampaian diadakan dalam Majlis Anugerah dan Makan Malam Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kali ke-26 pada malam tadi.
National gymnastics queen, Farah Ann Abd Hadi and wushu exponent, Loh Choon How were declared as the Olympians of the Year 2019
Video : R. Vikneswaran pic.twitter.com/9n7V9z1KEg
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 19, 2019
Kedua-dua atlet negara ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta pingat Olimpian tajaan Syarikat Coca-Cola.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada kedua-dua atlet.
Farah Ann adalah antara atlet negara yang paling menyerlah di Sukan SEA Filipina yang lalu, apabila membawa pulang tiga pingat emas bagi acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai
#BHsukan Farah Ann, Choon How Olimpian Terbaik 2019https://t.co/ttDxa417UT pic.twitter.com/MokpP02u1V
— Berita Harian (@bharianmy) December 19, 2019
Choon How pula adalah atlet yang menghadirkan pingat emas pertama kontinjen negara dalam acara Taijiquan, sebelum meraih satu lagi pingat emas dalam acara Taijijian.
Pada termasya edisi ke-30 yang berlangsung di tiga lokasi – Manila, Clark dan Subic, Filipina, kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan kelima keseluruhan dengan kutipan 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa.
Senarai pemenang anugerah
Olimpian: Farah Ann Abd Hadi, Loh Choon How
Trofi IOC: Perbadanan Stadium Malaysia
Dewan Kemasyhuran MOM
Bekas Pegawai Kebangsaan
1. Almarhum KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah AlMust’in Billah (Bola Sepak)
2. Datuk Sieh Kok Chi (Polo Air & MOM)
3. Datuk Roland Wong Choon Tat (Badminton)
4. Datuk Seri Panglima (B) Abdul Manap Ibrahim (hoki)
Bekas Atlet Kebangsaan: SA Azman (Tenis)
Anugerah Wanita dan Sukan MOM: Toh Puan Zainon Hussein
Anugerah Khas Diraja MOM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah