Fabrizio Romano Anggap 3 ‘Here We Go’ Ini Sebagai Paling Mengejutkan Sepanjang Kariernya

Di dalam kalangan komuniti bola sepak antarabangsa, ada yang berseloroh dan mengatakan: “Seorang peminat bola sepak lebih mempercayai Fabrizio Romano berbanding kekasihnya sendiri.”

Fabrizio Romano sememangnya nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak antarbangsa.

Merupakan salah seorang nama besar di dalam dunia kewartawanan bola sepak, Fabrizio Romano dianggap sebagai salah seorang sumber paling sahih dalam menyampaikan berita perpindahan pemain.

Tidak salah untuk melabel beliau sebagai seorang ‘superstar’ berkenaan berita perpindahan pemain.

Malah beliau adalah figura yang wajib diikuti oleh mana-mana peminat bola sepak di seluruh dunia untuk mendapatkan informasi terkini berita perpindahan.

Tidak keterlaluan jika katakan, setiap ciapan yang dimuatnaik oleh Fabrizio telah menjadi sumber yang lebih dipercayai berbanding laporan akhbar media utama di Eropah.

Seperti kebiasaan, Fabrizio akan menggunakan terma “Here We Go” untuk setiap perpindahan yang akan berlaku.

Kerana itulah terma tersebut begitu sinonim dengan Fabrizio Romano.

Ia telah menjadi simbolik kepada perpindahan pemain yang akan menyusul setiap kali wartawan berasal dari Itali ini melakukan ciapan.

Walaupun dikenali sebagai antara wartawan yang memiliki kredibiliti tinggi dalam menyampaikan perkhabaran perpindahan pemain, Fabrizio Romano mengakui terdapat beberapa perpindahan yang telah berlaku sebelum ini turut mengejutkan dirinya.

Malah Fabrizio mengakui dirinya sendiri turut pernah menafikan dan tidak percaya perpindahan tersebut akan direalisasikan.

Eduardo Camavinga (Reenes ke Real Madrid)

Salah satu perpindahan yang paling mengejutkan saya adalah perpindahan Eduardo Camavinga ke Real Madrid.

Banyak kelab mahukan pemain ini. Manchester United telah menghubungi ejen Camavinga. Begitu juga dengan Paris Saint Germain (PSG).

Tetapi saya masih ingat bagaimana panggil telefon pada 48 jam terakhir (jendela perpindahan) musim panas 2021: “Real Madrid semakin hampir mendapatkan Camavinga dan akan menandatangani pemain itu segera.”

Camavinga sebenarnya boleh meninggalkan Rennes sebagai ejen bebas pada musim panas berikutnya, tetapi mengubah fikiran berbuat demikian kerana menghormati Rennes.

Beliau masih mahu membantu kelab di mana bakatnya sejak remaja dibangunkan dan kelab menerima bayaran. Ia berkaitan faktor kemanusiaan yang mengubah hala tuju rundingan [pada saat akhir].

Lionel Messi (Barcelona ke PSG)

Perpindahan Leo Messi ke PSG adalah antara perpindahan paling mengejutkan dunia bola sepak sejak beberapa tahun yang lalu.

Barcelona sudah menyediakan pengumuman rasmi untuk menyambung kontrak selama lima tahun: semuanya hanya menanti masa.

Kemudian tiba maklumat yang dibocorkan daripada kelab bahawa [Messi] tidakd dapat dikekalkan disebabkan peraturan kewangan La Liga.

Akibatnya, situasi di antara Messi dan Barcelona terus ranap hanya dalam beberapa jam.

PSG begitu pantas melakukan kerja pada jam-jam berikutnya untuk menghubungi Messi, peguamnya, dan ayahnya Jorge. Ia adalah perubahan mendadak yang paling tidak disangka.

Bruno Fernandes (Sporting Lisbon ke Manchester United)

Perpindahan yang saya tidak akan lupakan adalah apabila Bruno Fernandes menyertai Manchester United.

Seluruh musim panas saya menafikan Bruno akan ke Man United, walaupun terdapat banyak khabar angin. Tetapi apabila saya mengumumkan persetujuan telah dicapai pada jendela perpindahan Januari, penyokong menjadi begitu teruja.

Butiran penting menjadikan pengumuman tersebut lebih menarik: foto Bruno Fernandes dan ejennya menaiki pesawat untuk terbang ke Manchester dan menandatangani kontrak.

Fakta menarik: pada satu masa Manchester City juga mahukan pemain tengah Portugis itu. Tetapi Manchester United sudah terlebih dahulu memastikan rundingan berada di dalam kawalan.

Semua apa yang berlaku termasuk foto pertama Bruni di Manchester amat bersejarah bagi saya.

Kongsi artikel ini