Fabregas Kongsi Kisah Kalah Taruhan Dan Terpaksa Belikan Caballero Range Rover

Cesc Fabregas pernah mendapat pengajaran berguna daripada Willy Caballero apabila pemain tengah itu terpaksa menghadiahkan sebuah Range Rover kepada penjaga gol tersebut selepas kalah dalam melakukan taruhan.

Kejadian berlaku ketika Fabregas masih lagi di Chelsea. Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu berkongsi kisah tersebut dalam beberapa siri ciapan di Twitter.

Kisah itu sebelum ini pernah disiarkan di akhbar, tetapi pemain berusia 32 tahun itu mahu menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di sebalik pusat latihan Chelsea yang menjurus kepada Range Rover itu.

“Maka, selepas ada pemain mendedahkan kepada akhbar mengenai apa yang berlaku pada satu hari pada tahun 2018, ramai yang bertanya jika ianya benar.

“Begini kisahnya. Sering kal untuk bertahun lamanya selepas latihan, saya akan kekal lebih lama di atas padang untuk berlatih sepakan penalti.

“Saya selalu melakukan taruhan kepada penjaga gol yang membantu supaya cabaran tersebut tampak lebih sukar.

“Ntah mengapa, saya tidak pernah terlepas sepakan.

“Satu hari mungkin kerana saya terlalu yakin, saya membuat taruhan tidak masuk akan.

“Kali ini ia adalah giliran Willy Caballero dan saya beritahu jika beliau berjaya menyelamatkan sepakan, saya akan hadiahkan sebuah Range Rover.

“Malangnya bagi saya, beliau menyelamatkan sepakan yang saya lakukan di hadapan rakan sepasukan yang lain, dan anda boleh bayangkan reaksi mereka.

“Saya sendiri berasa daripada tahap keyakinan tertinggi menjadi seperti orang paling bodoh di dunia.

“Semua orang menjerit dan ketawa dan saya perlu melunaskan hutang saya itu.

:Maka saya pegi ke tempat kereta potong dan terjumpa sebuah Range Rover yang sudah tidak boleh digunakan pada harga £950. Saya terus mendapatkannya.

“Hari berikutnya mereka membawa kereta tersebut ke pusat latihan dan….anda saksikan sahaja video.

“Pengajaran dariapada kisah ini adalah: jangan sekali-kali berani melakukan taruhan.”

Ciapan tersebut diikuti oleh perkongsia sebuah video dirinya menghadiahkan kereta itu kepada Caballero yang disambut dengan gelak sakan rakan sepasukan yang lain.

Fabregas kemudiannya meninggalkan Stamford Bridge pada Januari 2019 untuk menyertai Monaco selepas lima musim bersama The Blues.

Sepanjang tempoh itu, Fabregas menjuarai empat trofi, termasuk dua gelaran Liga Perdana Inggeris.

 

Kongsi artikel ini