Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) melalui satu kenyataan pada hari ini memohon maaf kepada semua pihak atas insiden kekecohan melibatkan pegawai dan jurulatih pasukan itu ketika perlawanan akhir Sukan SEA menentang Indonesia di Phnom penh pada malam tadi.
Perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja yang sepatutnya menjadi aksi kemuncak temasya membabitkan pertemuan Thailand dan Indonesia pada malam tadi dicemari insiden kekecohan pegawai dan jurulatih pasukan itu yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap skuad Indonesia.
Insiden pada masa tambahan itu menyebabkan beberapa pegawai dari Thailand dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selain dua pemain – masing-masing dari Thailand dan Indonesia
1. The Thai FA are disappointed and apologize for the ugly scenes that occurred last night which have damaged Thai football.
— Thai League Central (@TL_Central) May 17, 2023
“Pihak Thai FA melahirkan rasa dukacita dan memohon maaf atas insiden memalukan pada malam tadi yang mencemarkan bola sepak Thailand,” ujar kenyataan tersebut.
“Thai FA percaya barisan kejurulatihan [Thailand] tidak sepatutnya menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan seharusnya kekal tenang walaupun ketika berkadapan tekanan.
3. The Thai FA have formed a team of officials who will investigate what transpired during the match to the fullest extent so that punishments can be handed out.
— Thai League Central (@TL_Central) May 17, 2023
“Mereka sepatutnya bertindak dengan lebih bertamadun dan menjadi representasi pasukan Thailand dengan cara yang lebih baik.
“Pihak Thai FA kini telah menubuhkan sebuah pasukan yang akan menyiasat perkara ini dan akan menghukum pihak bertanggungjawab.
5. Again, the Thai FA would like to apologize to all Thai football fans and to everyone involved with what happened last night.
— Thai League Central (@TL_Central) May 17, 2023
“Pihak kami turut menegaskan tidak akan melindungi meraka yang melakukan kesalahan. Sekali lagi, Thai FA ingin memohon maaf kepada semua penyokong dan pihak yang terkesan atas insiden pada malam tadi.
Dalam perkembangan lain, pengurus pasukan Indonesia, Sumardji turut sudah berhadapan dengan pelaku yang mencederakannya dan menerima permohonan maaf.
✅ 𝐑𝐄𝐒𝐌𝐈!
Official Timnas Thailand yang memukul Manajer Indonesia, Sumardji di laga Final semalam menyampaikan permohonan maaf langsung kepada Bapak Sumardji.🇮🇩🇹🇭
Semoga kejadian ini tidak terulang kembali & menjadi pembelajaran untuk semua pihak.
🎥 @Chandramargatama pic.twitter.com/3GtZmrtKge
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) May 17, 2023
Sumardji yang cuba meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua kem mengalami kecederaan di bahagian hidung dan mulut sehingga terpaksa dipapah ke tempat duduk di kawasan teknikal Thailand disebabkan insiden tersebut.
Dalam perlawanan akhir pada malam tadi, Indonesia menamatkan penantian 32 tahun pingat emas di temasya Sukan SEA selepas menewaskan Thailand 5-2 selepas masa tambahan.