EURO 2020 Suku Akhir : Sepanyol Menang Tapi Pujian Melangit Buat Yann Sommer

Switzerland yang telah menghumbankan Perancis daripada melangkah ke suku akhir kejohanan EURO 2020 edisi ke-16 mempunyai seseorang seperti penyelamat dunia , iaitu penjaga gol mereka , Yann Sommer.

Yann Sommer muncul wira Switzerland apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir daripada penyerang bertaraf dunia Kylie Mbappe untuk meloloskan diri buat kali pertama ke suku akhir kejohanan EURO ini pada minggu lalu.

Aksi penjaga gol kelab Borussia Mönchengladbach ini sangat konsisten dan beliau tampil sebagai penjaga gol yang sangat sibuk menjaga gawangnya ketika menentang pasukan Sepanyol tengah malam tadi.

Aksi cemerlang penjaga gol ini turut dipuji oleh warga netizen di laman Twitter kerana kecekapannya menyelamatkan 10 percubaan gol dari rangkaian penyerang Sepanyol yang diketuai oleh Alvaro Morata.

Sepanyol memperolehi gol pendahuluan apabila sepakan padu Jordi Alba ke gawang gol yang terbias di kaki pertahanan Switzerland Denis Zakaria. Bagaimanapun gol itu diiktiraf sebagai gol sendiri oleh pemain pertahanan tersebut.

Gol sendiri dalam perlawanan itu juga mencipta rekod kejohanan menjadikan rekod 10 gol jaringan sendiri yang tertinggi pernah dicatatkan dalam kejohanan EURO 2020 berbanding sebelum ini.

Bola terbias di mana-mana kaki pemain sendiri yang menuju ke sasaran gol sudah pasti tidak mampu diselamatkan oleh mana-mana penjaga gol dalam dunia kerana mereka telah bersedia di posisi yang betul sebelum itu termasuklah Yann Sommer.

Pada minit ke-68 Xherdan Shaqiri menjaringkan gol penyamaan setelah dua pemain Sepanyol keliru untuk membuat ‘clearence’ dalam kotak penalti.

Remo Freuler yang mendapatkan bola itu dari dalam kotak penalti Sepanyol terus melorongkan kepada Shaqiri yang berada di posisi betul untuk menjaringkan gol.

Perlawanan diantara kedua pasukan terus diheret ke masa tambahan tetapi tiada pemenang juga dan akhirnya ia terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Sebaliknya Fabian Schaer , Manuel Akanji dan Ruben Vargas gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Switzerland dan malang juga buat Sepanyol apabila Rodri dan Bosquet juga gagal berbuat demikian.

Namun Daniel Olmo, Gerard Moreno tidak bermasalah untuk menyermpurnakan sepakan penalti dan Mikel Oyarzabal menjadi wira Sepanyol dengan sepakan terakhir menewaskan Yann Sommer.

Anak-anak buah Vladimir Petkovic akur dengan kekalahan itu sekaligus menoktahkan perjuangan mereka untuk layak ke separuh akhir.

Penjaga gol Sepanyol mendapat anugerah pemain terbaik pada perlawanan tersebut menyatakan bahawa Yann Sommer sepatutnya mendapat pengiktirafan itu kerana kejituannya menahan asakan serangan daripada membolosi gawangnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email