Skuad Azzuri di bawah kendalian Roberto Mancini dan Belgium yang dilatih oleh Roberto Martinez menunjukkan satu perlawanan yang mengasyikkan dengan aksi-aksi luar biasa dan kemahiran bertaraf dunia kepada seluruh penyokong mereka di padang stadium Arena Munich , German awal pagi tadi.
๐ฎ๐น Italy see off Belgium to book a semi-final date with Spain! ๐๐๐#EURO2020
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 2, 2021
Bagaimanapun , Belgium terpaksa akur dan menangisi kekalahan 2-1 kepada Itali sekaligus mengecewakan seluruh pasukan mereka yang dicanangkan sebagai calon juara EURO 2020 edisi yang ke – 16.
Jaringan oleh Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne di separuh masa pertama merentap semangat keseluruhan rakan sepasukan Romelu Lukaku meskipun beliau merapatkan jurang gol dengan Itali melalui sepakan penaltinya sebelum tamat permainan separuh masa pertama juga.
Belgium yang menduduki tangga pertama dunia dalam ranking FIFA tidak dapat tidak boleh beranggapan bahawa generasi EMAS mereka akan berakhir dalam masa 2-3 tahun dari sekarang dan Martinez mesti merancang sesuatu dengan mencari pengganti pemain yang boleh dianggap sudah tidak dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan kebangsaan.
Belgiumโs 'Golden Generation' are running out of time โณ pic.twitter.com/l0HZPIQHtD
— ESPN FC (@ESPNFC) July 2, 2021
Ini lima perkara detik manis kejayaan Itali menghumbankan Belgium dari perlawanan ke separuh akhir EURO 2020.
1. Rekod Itali Terus Membanggakan
Roberto Mancini selayaknya diangkat sebagai jurulatih yang paling berjaya dalam sejarah pasukan Itali. Beliau seperti membangkitkan pheonix dari abu , membina pasukan semula dengan menerapkan falsafah bola sepak moden sehingga Itali muncul semula sebagai gergasi bola sepak yang perlu ditakuti oleh pasukan lawan.
๐ฎ๐น Italy under Mancini ๐คฏ
๐น 32 games unbeaten
๐น 13 consecutive victories #EURO2020 pic.twitter.com/w7VuO1ozkL— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 2, 2021
Itali akan terus mendonia dan mereka boleh dianggap sebagai calon utama untuk memenangi trofi kejohanan EURO 2020 sekiranya mereka terus mengekalkan konsistensi dan prestasi yang terbaik.
WWWWWWWWWWWWW
Roberto Mancini's Azzurri are two wins away from winning the European Championship and equalling Spain's record winning streak at international level.
Up next? Spain. pic.twitter.com/y9yROxoSZM
— Squawka Football (@Squawka) July 2, 2021
2. Aksi Kelas Dunia Jorginho Terus Memukau
Pemain bahagian tengah kelab Chelsea ini mempamerkan aksi yang hebat di atas padang. Jorginho telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Hantaran-hantaran cukup tepat , larian dan kelicikannya serta bentesan ke atas pemain Belgium membuatkan Itali mendominasi perlawanan tersebut.
๐ฎ๐น The smoothest drag back from Jorginho to take Thorgan Hazard out of the game ๐ฅ๐ฅ๐ฅ#EUROSOTD | @HisenseSports | #EURO2020 pic.twitter.com/ACvCNadMvR
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 2, 2021
Jorginho boleh dianggap sebagai maestro Itali kerana gerakannya melalui hantaran yang berkualiti di mana-mana ruang padang membuatkan pertahanan Belgium kucar-kacir dalam menyerap serangan skuad Azzuri ini.
๐ค pic.twitter.com/MSdSSjozQN
— Squawka Football (@Squawka) July 2, 2021
3. Gol Sepakan Lencongan Insigne Yang Cantik
Mengutip bola daripada separuh padang kawasan sendiri , penyerang kelab Liga Serie A , Napoli ini terus berlari di sebelah sayap kiri dengan menggelecek Youri Tielemans sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Belgium Cortouis.
Bellissimo ๐ฅฐ
Insigne curls the ball beyond Courtois ๐ฏGoal of the Round contender?@GazpromFootball | #EUROGOTR | #EURO2020 pic.twitter.com/fVrkbD58z8
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 2, 2021
Gol Lorenzo Insigne pada minit ke-44 menambah luka lagi kepada Belgium setelah mereka bolos satu gol terlebih dahulu daripada pemain muda Nicollo Barella pada minit ke 31.
4. Nicollo Barella Ledak Gol Pertamanya Di EURO 2020
Barella membuka tirai gol untuk Itali dan pemain itu telah meledakkan enam gol dalam karier antarabangsanya setakat ini.
Nicolรฒ Barella has scored at a major tournament for the first time in his #ITA career.
Incredible feet. Incredible finish.#EURO2020 pic.twitter.com/liXAu20J8G
— Squawka Football (@Squawka) July 2, 2021
Penyerang Inter Milan ini mempamerkan aksi yang bertenaga dalam perlawanan tersebut termasuk melakukan assist gol kepada Lorenzo Insigne yang berlari sambil membawa bola sejauh 40 meter sebelum melencongkan bola itu ke gawang gol Belgium.
๐ | FOCUS
Nicolรฒ Barella was in stellar form against Belgium:
๐ 53 touches
โฝ๏ธ 1 goal
๐ฅ 1 shot/1 on target
๐ ฐ๏ธ 1 assist
๐ 2 key passes
๐ญ 2/2 acc. long balls
๐ 40/46 acc. passes (87%)
๐จ 3/3 succ. dribbles
โ๏ธ 4/6 ground duels won
๐ 8.1 SofaScore rating#EURO2020 #BELITA pic.twitter.com/yVQKVGDBZE— SofaScore (@SofaScoreINT) July 2, 2021
Dikhabarkan ada satu pasukan gergasi Inggeris yang merisik pemain ini melalui kelabnya selepas melihat aksi hebatnya diatas padang EURO 2020ย ini. Namun menurut sumber , Inter Milan menyatakan beliau bukan untuk dijual.
5. Rekod Kemenangan Kejohanan EURO 2020
Itali mencipta rekod 15 perlawanan tanpa tiada satu kekalahan yang dialami oleh mereka termasuklah semasa kelayakan ke pusingan akhir EURO 2020.
15 – Including the qualifying rounds, Italy have won each of their last 15 European Championship matches – a new competition record. Belgium themselves had won 14 consecutive matches before today's defeat. Goliath. #EURO2020 pic.twitter.com/JOqngYjNIC
— OptaJoe (@OptaJoe) July 2, 2021
Menewaskan Belgium yang juga belum pernah terkalah dalam 14 perlawanan akhir mereka sebelum tersungkur di kaki Itali pada suku akhir ini menjadikan skuad Mancini pasukan pertama yang menang dalam lima perlawanan setakat ini.
5 – Italy have won five consecutive matches at the European Championships for their first time ever: it is the joint-longest streak for any side in the competition – along France (1984), Netherlands (among โ88 and โ92) and Czech Republic (among 2000 and 2004). Marvel.#EURO2020 pic.twitter.com/muuSx72fr2
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 2, 2021
Ia adalah satu rekod yang amat menakjubkan.
Penutup
Itali akan bertemu dengan Sepanyol di bawah pengendalian Luis Enrique yang bertungkus lumus menewaskan Switzerland awal tengah malam tadi melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 walaupun bermain pada masa tambahan 30 minit lagi.
Italy will play Spain at the European Championship for the fourth consecutive tournament:
2008 QF: ๐ช๐ธ 0-0 ๐ฎ๐น (4-2 pens)
2012 Final: ๐ช๐ธ 4-0 ๐ฎ๐น
2016 Last 16: ๐ฎ๐น 2-0 ๐ช๐ธ
2020 Semi-Final: ๐ฎ๐น vs ๐ช๐ธA heavyweight clash. ๐ฟ pic.twitter.com/fNfZ2tgf3J
— William Hill (@WilliamHill) July 2, 2021
Melihat kepada statistik di antara pertemuan kedua-dua pasukan dalam sejarah EURO yang lalu , Sepanyol mempunyai kemenangan yang banyak ke atas pasukan Itali.
Tetapi Itali sedang menikmati prestasi yang luar biasa pada kali ini sedangkan Sepanyol di peringkat awal dalam kumpulan hampir-hampir ditunjukkan jalan keluar.
Dan Itali juga seharusnya berhati-hati dengan kebangkitan Sepanyol juga pada kali ini.