EURO 2020 : Respon Pantas Simon Kjaer Selamatkan Nyawa Rakan Sepasukannya , Penyokong Jerit Nama Christian Erikson di Stadium

Dunia bola sepak menghadapi situasi yang amat mencemaskan apabila Christian Erikson secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di atas padang ketika perlawanan di antara Denmark menentang Finland awal pagi tadi.

The moment Christian Eriksen collapsed.

Bagaimanapun , tindakan pantas Simon Kjaer yang menyedari akan situasi kritikal berkenaan terhadap Erikson dengan memastikan pemain itu tidak tergigit lidah sendirinya supaya ada ruang udara dan dapat menyelamatkan nyawanya dari maut.

Kjaer juga tidak panik dan berusaha memastikan posisi badan Erikson berada dalam keadaan betul dan mendapat rawatan bantuan CPR oleh pasukan doktor perubatan dengan pantas.

Kepimpinan Kjaer terus dihargai apabila mengajak pemain-pemain Denmark membuat ‘human shield’ bagi melindungi pasukan perubatan dan Christian Eriksen sendiri daripada dirakam oleh media dan penyokong dalam stadium.

Para penyokong Finland dan Denmark juga bergabung untuk memberikan soladirati kepada pemain berkenaan untuk terus bersemangat daripada situasi kritikal itu dengan menjerit nama Christian Eriksen.

Kjaer juga dilihat menenangkan isteri Erisken bersama dengan penjaga gol Kasper Schmeicel yang menangis kerana bimbangkan akan berlaku sesuatu yang buruk kepada suaminya.

Tindakan pantas oleh semua pihak yang terlibat memberikan kelegaan apabila Christian Eriksen sedar dari situasi cemas itu yang mengambil masa kira-kira 20 minit di tengah padang sebelum beliau dikejarkan ke hospital.

Erikson juga dapat bercakap dengan rakan sepasukan dan mahukan perlawanan itu diteruskan biarpun kedua-dua pasukan menghadapi saat getir sebelum itu.

Simon Kjaer layak diangkat sebagai wira oleh penyokong seluruh dunia dan sememangnya indiviu yang tepat memegang lilitan sebagai kapten Denmark kerana kepimpinannya yang terpuji.

Ini adalah satu momen yang patut dikenang sepanjang oleh semua peminat bola sepak antarabangsa kerana satu kejadian yang tidak mahu dilihat sebagai bencana yang akan membuatkan dunia bola sepak mengalami kesedihan sekiranya kehilangan seorang pemain bola sepak di atas padang.

Cardiac Arrest merupakan punca kematian mengejut yang pernah berlaku kepada atlet sukan ketika sedang beraksi dalam sesuatu pertandingan termasuklah dalam bola sepak. Semoga cepat sembuh Christian Erikson.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email