Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland mengambil diet pemakanan yang sama seperti Cristiano Ronaldo untuk memastikan dirinya berada di tahap terbaik ketika perlawanan.
Penyerang berusia 19 tahun ini telah menjaringkan 37 gol untuk kelab dan negaranya pada musim ini.
Ia termasuk dua gol ketika membantu Dortmund menewaskan Paris Saint-Germain pada pagi Rabu lalu.
Menurut ayahnya, antara diet yang diambil oleh Haaland adalah ikan. Pemain ini jelas dipengaruhi oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo dalam cara mengendalikan diri.
Tiru seperti Ronaldo
Dalam satu temu ramah, Alfie Haaland yang juga adalah bekas pemain Manchester City dan Leeds mendedahkan bagaimana anaknya Erling cuba meniru Ronaldo selepas Patrice Evra mendedahkan kisah kunjunggannya ke kediaman bintang Portugal itu.
“Saya harus memberikan dedikasi untuk berjaya di dalam sukan ini. Tetapi Erling [Haaland] memberikan pengorbanan cukup besar.
“Beliau sudah pergi jauh dari rumah pada usia 16 tahun untuk ke Molde, dan kini merupakan pemain yang jauh lebih profesional berbanding saya dulu,” kata Alfie kepada ESPN.
What Is In Cristiano Ronaldo’s Diet That Is Key To Maintaining ‘Champion’ Status? https://t.co/jLt6fWjiY3
— The Sporting Base (@thesportingbase) February 13, 2020
“Erling mendapat tahu kisah Patrice Evra yang pergi ke makan tengah hari di rumah Ronaldo, dan pemain itu hanya makan ikan.
“Erling kini melakukan pengambilan makanan yang sama kerana Ronaldo. Pada usia 34 tahun, Ronaldo masih berada di tahap terbaik.
“Itu adalah hasilnya apabila anda melakukan sesuatu perkara dengan betul.”
Diet Ronaldo
Pengambilan makanan oleh Ronaldo yang kini beraksi bersama Juventus menjadualkan dirinya makan sebanyak enam kali sehari.
Kebiasaannya diet Ronaldo terdiri daripada pasta dan juga ayam sebagai sumber protein dan kandungan karbohidrat yang telah ditetapkan.
Tidak ada makanan yang diambil oleh bekas bintang Manchester United itu disediakan dengan garam.
Dalam temuramah bersamaq YouTuber terkenal, ChrisMD, Ronaldo berkata beliau jarang melakukan ‘cheat meal’ dan hanya kadang kala menikmati pizza bersama anaknya.
Sudah tentu Ronaldo rasa bersalah setiap kali menikmati makanan berkalori tinggi seperti pizza.
“Rahsianya ialah anda perlu menjaga tubuh badan, berlatih, lakukan pemulihan badan, dan makan secara betul,” jelas Ronaldo.
“Adakalanya saya makan pizza dengan anak saya. Jika tidak, ia pasti boring.”
Ronaldo juga mendedahkan beliau mengambil oren atau jus nenas ketika sarapan pada pagi, dan hanya minum air kosong.
Ronaldo juga memastikan dirinya tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada sebelah malam.
Pada sebelah siang, beliau juga akan tidur sebentar selepas makan buat kali keempat pada tengah hari.
Selain Ronaldo, Haaland turut pernag mendedahkan seorang lagi pemain yang beliau jadikan idola adalah Zlatan Ibrahimovic.
“Saya mempunyai ramai idola, dan saya pernah melihat ramai pemain yang hebat. Zlatan Ibrahimovic adalah salah seorang dari mereka.
“Saya gemar bagaimana beliau menjaga diri, dan juga cara beliau bermain. Lagipun dia juga adalah seorang Scandinavian. Satu hari nanti beliau juga memerlukan seorang pengganti,” kata Haaland.