Erling Haaland Memalukan Dortmund

Sehebat mana pun Erling Haaland, beliau juga ada hari yang mahu dilupakan.

Ketika Borussia Dortmund dibelasah Hoffenheim pada awal pagi tadi, Haaland jelas menampilkan prestasi buruk.

Perkara itu dapat dilihat terus melalui heat map beliau untuk perlawanan tersebut.

Erling Haaland pemain yang fenomenal sejak menyertai Borussia Dortmund dari RB Salzburg pada jendela perpindahan Januari lalu.

Beliau terus menjadi pemain yang prolifik sepanjang musim ini, meneruskan rentak cemerlangnya di Austria sehinnga ke Bundesliga.

Namun semalam adalah hari untuk dilupakan oleh Haaland.

Buat pertama kalinya, Haaland seperti hilang punca dan kelibatnya ditenggelamkan oleh prestasi cemerlang Andrej Kramaric.

Bekas penyerang Leicester City tersebut menjaringkan kesemua 4 gol pasukannya, dalam kemenangan 4-0 TSG Hoffenheim.

Selepas tamat perlawanan, para peminat telah berkongsi heat map aksi Erling Braut Haaland.

Mereka bertanggapan heat map tersebut sebagai melucukan.

Di mana kawasan Halaand adalah di tengah padang kerana dia banyak melakukan sepak mula selepas gol lawan.

Semuanya empat kali Haaland terpaksa melakukan sepak mula akibat dibolosi oleh Kramaric.

Perlawanan tersebut juga jelas berat sebelah dari segi kualiti.

Hoffenheim melakukan 13 percubaan, manakala pasukan tuan rumah Borussia Dortmund hanya mampu melakukan enama sahaja.

Hoffenheim mencatatkan 8 percubaan tepat berbanding hanya 4 oleh Borussia Dortmund.

Adakah Haaland hilang selera untuk beraksi pada musim ini?

Sebelum ini Haaland pernah melahirkan kekecewaan kerana gagal menghalang Bayern Munich merangkul kejuaraan Bundesliga.

Kongsi artikel ini