Erling Haaland Buat Hal, Kena Halau Dari Kelab Malam Di Norway

Penyerang Borussia Dormund, Erling Braut Haaland menjadi tular atas sebab di luar padang yang tidak sedap didengar.

Pemain muda itu dikatakan terbabit dalam satu insiden di sebuah kelab malam sehingga menyebabkannya dihalau dari kelab malam di Norway.

Sebuah video menunjukkan pemain berusia 19 tahun itu diheret keluar oleh pengawal keselamatan (bouncer) kelab malam juga menjadi tular di media sosial.

Dianggap sebagai ‘wonder kid’ dalam bola sepak eropah, nama Erling Haaland sering kali menarik perhatian media kerana prestasi dan pencapaian beliau di atas padang pada musim ini.

Pemain itu kini sedang bercuti di negaranya selepas saingan Bundesliga tamat pada pengakhiran Jun lalu. Borussia Dortmund menamatkan saingan di kedudukan kedua.

Nyata ia permulaan cuti yang tidak baik buat Haaland.

Video tersebut memaparkan pengawal keselamatan menolak keluar Haaland yang sedang memegang telefon dan sedang melakukan video call.

Haaland turut dilihat menjerit ke arah pengawal keselamatan tersebut kerana marah, dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa orang yang berada di sekeliling pemain itu.

Jeritan Haaland mengundang pengawal keselamatan yang mengheret pemain itu keluar untuk kembali bersemuka dengan beliau.

Ini menyebabkan Haaland diheret pergi lebih jauh dari kelab malam tersebut oleh mereka yang bersamanya.

Terdapat laporan mengatakan Haaland tidak dibenarkan berada di kelab malam kerana di bawah umur.

Sepanjang musim ini Haaland telah menampilkan prestasi yang menakjubkan dengan 44 gol dan 10 assist untuk RB Salzburg dan Borussia Dortmund.

 

Kongsi artikel ini