Erling Haaland Pernah Pegang Rekod Dunia Acara Olahraga

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Erling Braut Haaland adalah seorang pemegang rekod dunia dalam acara olahraga – biar pun untuk peringkat umur pertandingan.

Sedikit sebanyak ia menjelaskan kemampuan pemain remaja berusia 19 tahun ini mencuri tumpuan dunia bola sepak pada hari ini.

Pemain berbakat besar dari Norway ini koni sudah menjaringkan 11 gol dari tujuh perlawanan untuk Borussia Dortmund musim ini.

Namun tidak ramai yang mengetahui Haaland juga adalah pemegang rekod dunia acara lompat jauh berdiri (long jump standing) ketika berusia 5 tahun.

Jika anda tertanya-tanya acara apakah itu, anda boleh saksikan pautan video di bawah:

Selepas muncul wira Dortmund dengan mencetak dua gol untuk menewaskan PSG 2-1, seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai karier olahraga yang Haaland pernah lalui zaman kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak, ayah kepada Haaland, Alf-Inge kerap membawa Erling beraksi di dalam pelbagai jenis disiplin sukan.

Ia termasuklah ski, bola baling dan juga olahraga.

Rekod yang dihasilkan olh Haaland yang berusia 5 tahun pada 22 Januari 2006 ialah 1.63 meter.

Dalam satu temuramah dengan Dangbladet, Alfe-Inge pernah menjelaskan bagaimana Haaland diuji dalam beberapa disiplin sukan.

“Ianya sebelum Erling bermain bola sepak,” ujar Alfe-Inge.

“Kami biasa membawa beliau untuk olahraga untuk menguji kemampuan dirinya. Erling bermain bola balin, olahraga dan ski rentas desa sehingga berumur 14 tahun.

“Pengurus bola baling Norway, Thorir Hergeirson mahu Erling bermain bola baling, tetapi bola sepak adalah takdir buat Erling.

“Saya pula berpendapat ianya tentu bagus jika Erling bermain tenis dan bola baling.

“Versatiliti adalah penting. Ia membantu anda dibangunkan di dalam pelbagai aspek secara fizikal, dan membuatkan anda sentiasa positif dalam setiap perkara yang diceburi.”

Mampukah Haaland terus memecahkan rekod demi rekod di dalam bola sepak?

Satu perkara yang pasti Haaland dilihat sebagai bakal pemenag Ballon d’Or pada masa depan.

 

Kongsi artikel ini