“Semua pasukan di dunia akn merindui seorang pemain seperti Van Dijk. Dia adalah seorang Centre Back terbaik dunia”
Jurgen Klopp menyatakan perkara tersebut semenjak Van Dijk mengalami kecederaan ketika pertembungan dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford.
Meskipun ada beberapa nama dikaitkan mengisi ruang yang ditinggalkan Van Dijk seperti Koulibaly,Conor Coady dan Ozan Kabak,Upamecano merupakan sasaran terbaik daripada segi statistik.
Untuk bermain di posisi ini,ketenangan di atas padang,agresif memenangi bola daripada penyerang dan mempunyai keupayaan menggerakkan bola ke bahagian hadapan.
Kesemua perbandingan ini diambil kira daripada 90 minit permainan. Berikut adalah adalah bahagian di mana Upamecano berada di kedudukan pertama
- Ball Recoveries
- Ground Duels Won
Baki perbandingan lain kesemuanya Upamecano menduduki tempat kedua. Upamecano telah merekodkan jumlah kumulatif pergerakan bola ke arah gawang tertinggi di dalam Bundesliga 2020/2021 sebanyak 1323m juga menewaskan David Alaba jauh di hadapan.
Terbaharu beliau juga berjaya mencatatkan top speed 35km/jam ketika menentang Herta berlin.
Kelajuan yang dimiliki Upamecano boleh membantu Liverpool sekiranya kehilangan bola ketika mereka beraksi lebih tinggi dalam melakukan recovery.
Ianya adalah baik sama ada untuk plan jangka masa pendek atau jangka masa panjang bagi skuad kendalian Jurgen Klopp.