EPL 2020/21 : West Ham United Tewas Dengan Comeback Red Devils

Lihatlah dunia bolasepak kepada Manchester United pada awal pagi tadi apabila Setan Merah berjaya menundukkan tuan rumah West Ham United 1-3 di stadium London berkat kembalinya Bruno Fernandes dari bangku simpanan.

Tersenyum lebar Ole Gunnar Solksjaer dengan kemenangan tersebut setelah berpeluh dan hampir memikirkan yang beliau akan dipecat seandainya kalah semasa di separuh masa pertama apabila West Ham United menguasai perlawanan itu dan berjaya mendapatkan gol menerusi Thomas Soucek pada minit ke 38.

Gol Thomas Soucek dapat dihasilkan apabila menerima umpanan dari Declan Rice yang membuat tandukan dan Thomas hanya menghulurkan kakinya untuk memastikan bola menerjah ke gawang gol.

Gol dari pemain Crotia ini turut diraikan oleh para penyokong West Ham United yang telah mendapatkan kebenaran memasuki dalam stadium seramai 2000 orang sahaja selepas hampir 10 bulan stadium kosong kerana wabak Covid-19 ini.

Tanpa melengahkan masa dan mahukan kemenangan mutlak , Ole memasukkan mastermind terulung untuk mengubah corak permainan Setan Merah Bruno Fernandes dan Marcus Rashford yang yang menggantikan Edison Cavani dan  Van De Beek di separuh masa kedua.

Ternyata Ole patut bersyukur pada Tuhan apabila Bruno pantas menukarkan arah dan gaya Setan Merah seperti ahli silap mata. Pemain-pemain seperti mendapat tonik motivasi apabila menguasai keseluruhan perlawanan separuh masa kedua ini.

Bruno seperti dapat membaca rentak West Ham United separuh masa pertama di bangku simpanan telah banyak menghasilkan peluang untuk Manchester United menjaringkan gol dalam masa 45 minit sahaja.

Paul Pogba juga telah meningkatkan persembahan beliau apabila tidak mahu kalah dengan pemain Portugal itu berjaya menjaringkan gol minit ke 68 dari luar kotak penalti setelah mendapat hantaran pendek dari Bruno.

Gol ini adalah gol yang kedua untuk Pogba dalam Liga Premier Inggeris setelah kali terakhir menjaringkan gol pada April 2019. Musim lepas Pogba mengalami kecederaan yang memaksanya berehat panjang untuk semua pertandingan dan sedang bergelut untuk meningkatkan prestasi terbaik yang pernah dimilikinya.

Gol penyamaan itu membangkitkan semangat Red Devils untuk membuat comeback. Mason Greenwood berjaya menjaringkan gol hasil bantuan Alex Telles pada minit ke 78. Ini sekaligus memecahkan kebuntuan gol pemain muda ini sejak bermula musim baru.

Gol peribadinya yang ke 20 untuk Manchester United sekaligus mendahului skuad David Moyes dengan 1-2.

David Moyes membuat pertukaran dengan memasukkan Said Benrahma dan Manuel Lanzini untuk mencari gol penyamaan tetapi ia menjadi harapan palsu selepas Marcus Rashford mendapatkan gol ketiga hasil umpanan Juan Mata minit ke 78. Pemain Sepanyol ini telah menggantikan Anthony Martial kerana kecederaan di buku lalinya minit ke 51.

Dengan ini sahlah Manchester United telah menduduki tangga ke ke empat di Liga Premier Inggeris dengan Chelsea berada di kedudukan pertama.

 

 

 

Kongsi artikel ini