EPL 2020/21 : Penalti Menjadi Penyelamat Red Devils Untuk Menang

Sepakan penalti yang diambil dua kali oleh Bruno Fernandes telah menyelamatkan Manchester United menang ke atas West Bromwich Albion 1- 0 pada awal pagi tadi. Ia juga merupakan kemenangan pertama di Old Trafford pada musim ini.

Ole Gunnar Solksjaer masih lagi mempertaruhkan harapan kepada Anthony Martial dan Marcus Rashford untuk mencetak gol dan masih meletakkan Cavani serta Van De Beek di bangku simpanan.

Sebelum itu , pemain Wes Brom terlebih dahulu dikasari dalam kotak penalti oleh Bruno tetapi Video Assistant Referee (VAR) menafikan hak Wes Brom itu untuk mendapatkan penalti tersebut walaupun kesalahan nampak kepada Bruno.

Tuah penalti sentiasa menyebelahi Red Devils apabila percubaan Juan Mata ke arah pintu gol terkena tangan Darnell Furlong dan David Coote tidak teragak-agak memberikan penalti kepada Manchester United.

Penjaga gol , Sam Johnstone telah menyelamatkan penalti Bruno namun pengadil mengarahkan penalti itu diambil sekali lagi. Seperti biasa gaya unik Bruno mengambil penalti buat kali kedua tidak menghampakan pengurusnya Ole Gunnar Solksjaer.

Beberapa peluang terhidang untuk Marcus Rashford dan Martial untuk menjaringkan gol tetapi mereka gagal menyudahkannya dengan baik.

Callum Robinson masuk sebagai pemain gantian membuat percubaan dengan rembatan lengkung pada minit ke 65 tetapi ia terkena palang.

“Sepatutnya kami mendapat gol dari penalti tetapi ia tidak terjadi. Apabila ketinggalan 1-0 ia sukar untuk kembali.  Saya sangat kecewa dengan hasil keputusan dari pengadil.” “kata pengurus West Brom, Slaven Bilic.

Kemenangan itu menggerakkan United di atas Manchester City ke tempat kesembilan dengan 13 mata , tujuh mata di belakang pendahulu Tottenham Hotspur. West Brom pula kekal di tangga ketiga terbawah dengan hanya tiga mata sahaja.

Pengurus Ole Solksjaer berkata walaupun diakui prestasi anak buahnya kurang memuaskan , beliau gembira apabila memenangi perlawanan itu dan membawa pulang tiga mata di Old Trafford.

 

 

 

Kongsi artikel ini