Kecemerlangan Riyad Mahrez yang telah menjaringkan gol hatrik membuatkan Manchester City menang besar ke atas kelab kerdil , Burnley yang menduduki tangga ke 17 liga dari 20 pasukan dengan lima gol tanpa balas.
⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️
Man City put 5️⃣ past Burnley at home in the #PL for the third time in a row#MCIBUR pic.twitter.com/XgvvUtjsPe
— Premier League (@premierleague) November 28, 2020
Pep Guardiola ternyata amat gembira dengan prestasi anak-anak buahnya yang dapat memberikan kemenangan ke empat untuk City bagi mendaki tangga ke lapan , beza enam mata dengan pendahulu carta liga.
Riyad Mahrez juga mencipta rekod keterlibatan dalam 100 golnya untuk Manchester City dengan 59 jaringan gol dan 41 bantuan gol sepanjang kariernya bersama dengan The Citizens.
Ini menjadikan beliau pemain ke enam dalam benua Afrika yang telah mencapai prestasi yang mengkagumkan selepas pemain seperti Didier Drogba , Adebayor , Yakubu , Mane dan Mohamed Salah.
100 – Riyad Mahrez's opener for City was his 100th goal involvement in the Premier League (59 goals, 41 assists), becoming the sixth African player to reach this milestone in the competition after Drogba, Adebayor, Yakubu, Mane & Salah. Centurion. #MCIBUR pic.twitter.com/OsGaSQp5pI
— OptaJoe (@OptaJoe) November 28, 2020
Beliau juga akan menjadi pemain benua Afrika yang kedua selepas Yaya Toure melakukan hatrik pada Mac 2014 ketika menewaskan Fulham untuk pasukan Manchester City.
The Citizens yang menguasai hampir 80 peratus penguasaan bola dalam perlawanan itu tidak menunggu masa lama untuk membuka akaun gol apabila Mahrez telah menjaringkan gol pada minit ke enam.
Selepas itu , Manchester City enggan menoleh ke belakang lagi dan terus mencari gol. Gol kedua Mahrez diperolehi pada minit ke 22. Lima minit sebelum separuh masa pertama tamat , Benjamin Mendy telah menambahkan kelukaan Burnley dengan jaringan yang ketiga.
Ini merupakan gol pertama yang diraih oleh Benjamin Mendy selepas 60 perlawanan keseluruhan pertandingan selepas beliau menjaringkan gol kali terakhir tahun 2017 ketika bersama kelab lamanya Monaco menewaskan Marseile.
1 – Benjamin Mendy has scored his first goal for Man City (60th appearance in all competitions), finding the back of the net for the first time since March 2017, for Monaco against Marseille in the Coup de France. Class. #MCIBUR pic.twitter.com/fDW0USJf2a
— OptaJoe (@OptaJoe) November 28, 2020
Diseparuh masa kedua City menambahkan dua gol lagi apabila Mahrez melengkapkan hatriknya pada minit ke 69 yang mana sebelum itu gol ke empat djaringkan oleh Ferran Torres minit ke 66.
Riyad Mahrez telah dipilih sebagai Man of The Match selepas perlawanan tersebut.