EPL 2020/21: Liverpool Kehilangan Dua Mata Kerana VAR

Brighton and Have Albion telah menyekat kemenangan Liverpool apabila berjaya mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan Liverpool sebentar tadi.

Ini ialah perlawanan yang pertama bagi Mohamed Salah di EPL setelah beliau didapati positif Covid-19 dalam tugas antarabangsa dan terlepas dari aksi menentang Leicester yang meraih kemenangan untuk Liverpool pada minggu lepas.

Liverpool telah menguasai hampir keseluruhan perlawanan seolah-olah boleh menang ke atas tuan rumah cuba menggugat pertahanan Brighton apabila Salah mendapat peluang menjaringkan gol hasil umpanan dari Fabinho pada minit ke tiga tetapi ia tersasar dari gawang gol.

Penyerang Brighton , Aaron Connolly juga berjaya memperolehi peluang menjaringkan gol pada minit ke sembilan tetapi ia tidak menemui sasaran gawang yang dikawal oleh Allison.

Sehinggalah pada minit ke 19 , Brighton memperolehi sepakan penalti yang boleh menjadi pemangkin semangat untuk menewaskan Liverpool kali kedua di EPL selepas William menjatuhkan Connolly di dalam kotak penalti.

Neal Maupay diberikan tugasan untuk menjaringkan gol penalti ini bagi mendahului The Reds terlebih dahulu ternyata beliau gugup berhadapan dengan Allison Becker apabila sepakannya tersasar ke sebelah tiang gol kanan Liverpool walaupun Allison telah tertewas.

Ia sangat mengecewakan Neal Maupay sehinggakan beliau tercedera dan terpaksa digantikan dengan Leandro Trossard.

Pada minit ke 35 , Salah berjaya menjaringkan gol hasil umpanan daripada Roberto Firmino tetapi seperti biasa pengadil terpaksa menonton VAR terlebih dahulu setelah ada dakwaan dari pemain Brighton menyatakan pemain Mesir itu berada di kedudukan offside dan akhirnya keputusan berpihak kepada tuan rumah.

Liverpool tidak berputus asa untuk mengecewakan Brighton setelah memasuki separuh masa dimanaย  Diogo Jota berjaya menembusi gawang gol tuan rumah hasil umpanan Salah minit ke 60.

Jurgen Klopp terus memasukkan Sadio Mane selepas jaringan itu menggantikan Salah dan ternyata ia mengecewakan pemain Mesir itu sehingga tidak mahu bersalam dengan pengurusnya dan duduk bersendirian dibukan bangku pemain simpanan.

VAR sekali lagi menjadi tanda malang untuk Liverpool apabila gol kedua oleh Sadio Mane dibatalkan kerana beliau dikatakan berada di kedudukan offside.

Kekecewaan Liverpool bertambah parah apabila tuan rumah berjaya memperolehi penalti menerusi bantuan VAR dan menebus penalti itu menjadi satu gol setelah Andrew Robertson membuat kekasaran terhadap Welbeck. Penalti itu dijaringkan oleh Pascal Grob pada minit kecederaan.

Kongsi artikel ini