EPL 2020/21 : Liverpool Benam Leicester City

Roberto Firmino memastikan Liverpool memperoleh tiga mata penuh selepas melengkapkan kemenangan bergaya The Reds 3-0 di penghujung permainan menewaskan Leicester City.

Kemenangan itu memastikan skuad Jurgen Klopp terus mendaki tangga teratas Liga Premier Inggeris berkongsi 20 mata dengan Tottenham Hotspur yang memiliki kelebihan jaringan gol.

Liverpool yang menurunkan skuad kesebelasan utama tanpa Jordan Henderson yang masih belum cergas dan penyerang profilik mereka Mohamed Salah yang masih positif Covid-19 serta barisan pertahanan tanpa tonggak utama tidak menghadapi masalah untuk menguasai keseluruhan perlawanan tersebut.

Penguasaan Liverpool telah bermula sejak awal minit permainan apabila sentiasa mengancam kubu yang di kawal oleh Kasper Sheimeicel. Minit ke 12 Diogo Jota yang menerima hantaran daripada Sanio Mane membuat percubaan dari luar sedikit kotak penalti tetapi dapat ditepis oleh penjaga gol Leicester City tersebut.

Pada minit ke 21 , Jonny Evans tertanduk bola masuk ke gawang gol sendiri yang berpunca dari sepakan sudut sebelah kanan. Bekas pemain Manchester United melakukan kesilapan itu ketika sedang memberi tekanan kepada Sanio Mane.

Leicester seharusnya memperolehi gol penyamaan apabila hantaran lintang rendah James Vardy gagal disudahkan dengan baik oleh Barnes apabila sepakannya tersasar dari gawang Liverpool.

Liverpool terus menekan skuad Brendan Rodgers dan menghasilkan gol kedua oleh Diogo Jota yang menanduk tepat ke pintu gol menewaskan Kasper selepas menerima hantaran dari Robertson.

Di babak kedua , peluang Sadio Mane untuk menjaringkan gol diperolehi melalui through pass James Milner di sebelah kiri sayap namun Kasper menggagalkan percubaan itu.

Seperti tiada yang dapat menghalang kegilaan Liverpool untuk menambahkan gol lagi menerusi percubaan Diogo Jota dan Roberto Firmino yang bertali arus tetapi kecekapan Kasper serta tiang dan palang gol menjadi penyelamat.

Keputusan pengadil Chris Kavanagh menjadi perhatian apabila beliau tidak mengesahkan gol untuk Liverpool walaupun Video Assistant Refree (VAR) mengesahkan gol itu telah melepasi garisan gol Leicester City pada minit ke 79.

Bagaimanapun ia tidak sedikit membuatkan Liverpool kecewa sebaliknya terus mengasak kubu lawan sehingga pada minit ke 85 , Roberto Firmino menanduk masuk bola daripada sepakan sudut oleh James Milner.

Skuad Brendan Rodgers turun ke tangga ke empat dengan berkongsi 18 mata dengan Chelsea yang berkelebihan jaringan gol.

 

 

 

Kongsi artikel ini