EPL 2020/21 : Dean Smith Bengang Dengan VAR

VAR sekali lagi menjadi kontroversi ketika Aston Villa menerima kunjungan pasukan Brighton dengan terpaksa menelan kepahitan tewas 1-2.

Tuan rumah telah pun disentap semangat apabila pemain tengah Rose Barkley terpaksa dikeluarkan kerana mengalami hamstring pada minit yang kelima.

Brighton yang menduduki tangga terbawah dalam EPL mula mempamerkan aksi dan persembahan meyakinkan sehingga pada minit ke 12 penyerang , Danny Welbeck berjaya menembusi gawang gol Emilianno Martinez.

Gol itu bermula daripada hantaran tepat daripada pemain tengah Adam Llana kepada Welbeck yang pantas menghidu peluang di dalam kotak penalti dan mudah melambungkan bola ke gawang Aston Villa.

Sedar dengan jaringan awal yang dimiliki oleh Brighton , skuad Dean Smith mula mengatur gerakan serangan melalui kapten pasukan Grealish yang menghasilkan peluang kepada Bertrand Traore dan Trezeguet tetapi telah disia-siakan oleh kedua penyerang itu.

Pada minit ke 19 , Tregezuet melakukan percubaan di depan pintu gol Brighton dalam situasi kelam kabut tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh pemain itu. Aston Villa sekali lagi mendapat peluang pada minit ke 23 , tetapi rembatan deras Traore dari luar kotak penalti dapat ditepis oleh penjaga gol Matthew Ryan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui sasaran sehinggalah pada minit ke 47 , skuad Aston Villa kembali ceria apabila Ezri Konsa menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma Traore yang mana bola tersebut singgah di kaki Konsa dan terus menyepak masuk ke gol.

Namun , gol penyamaan gagal dipertahankan oleh Aston Villa apabila Brighton berada di hadapan sekali lagi hasil jaringan Solly March yang dapat membuat rembatan dari dalam kotak penalti yang tidak termampu untuk diselamatkan oleh Martinez.

Aksi kontroversi diantara Brighton dan Aston Villa menjadi perhatian apabila pemain Brighton, Tariq Lamptey dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana membuat kekasaran keras ย terhadap ketua pasukan , Jack Grealish.

Dean Smith dan pemain-pemainnya menjadi bengang susulan sepakan penalti yang mulanya diberikan kepada Aston Villa pada masa kecederaan โ€˜ditarik balikโ€™ apabila Video Referee Assistant menjadi rujukan kepada pengadil perlawanan , Micheal Oliver.

Kongsi artikel ini