Rekod pasukan bolasepak England agak kurang bernasib baik apabila setiap kali mereka sampai di suku akhir perlawanan dalam kejohanan bolasepak dunia , ia akan berakhir dengan kekalahan yang penuh kontroversi sehinggakan perlawanan tersebut akan menjadi satu sejarah yang kekal diingati sepanjang zaman.
Antara momen kekalahan kontroversi yang dihadapi oleh England adalah ketika pertemuan melawan pasukan Argentina di suku akhir kejohanan Piala Dunia tahun 1986 di stadium Azteca , bandar Mexico City.
Inilah yang telah dikatakan oleh semua pemerhati dan penyokong bolasepak terutama di Argentina sudah tertulis di dalam takdir bahawa Argentina melangkah ke separuh akhir dengan cara sedemikian.
Hand of God , dan Gol of Century yang dijaringkan oleh mendiang Diego Armando Maradona telah menyebabkan seluruh penyokong England tidak dapat memaafkan pemain Argentina itu sehingga kini termasuklah bekas penjaga gol England pada waktu itu , Peter Shilton yang terpaksa menelan kepahitan sepanjang karier beliau mengenangkan peristiwa itu.
Namun tahukah anda bahawa sebenarnya England juga terpaksa menghadapi satu lagi kegagalan dalam perlawanan suku akhir menentang pasukan Portugal pada kejohanan Euro 2004. Walaupun ia bukanlah satu peristiwa besar seperti yang berlaku pada tahun 1986 , tetapi cara England kalah ketika itu penjaga gol Portugal , Ricardo Alexandre Martins Soares Pereira atau dikenali sebagai Ricardo telah menyelamatkan penalti tanpa menggunakan sarung tangan bola.
On This Day: 2004
Portugal beat England 6-5 on penalties in Euro 2004 to advance to the Semi-Final. The match was filled with drama, ending 1-1 in normal time and 2-2 in ET.
Ricardo’s save of Vassells penalty will forever be etched in my mind when I think of this game!
🇵🇹💫 pic.twitter.com/7dJ7bGzzDr
— Próxima Jornada (@ProximaJornada1) June 24, 2019
England yang pada ketika itu menjadi pasukan yang terkuat kerana dengan pemain yang berada di dalam skuad itu seperti Frank Lampard , David Beckham , Paul Scholes , Gary Neville dan budak nakal Wayne Rooney juga dikenali generasi emas England semasa di bawah kendalian pengurus Sven-Goran Erikkson.
Golden Generation
Should England have won Euro 2004 with this squad? pic.twitter.com/kPOcLIbzF6
— Classic Football Shirts (@classicshirts) March 28, 2020
Dalam perlawanan suku akhir itu Portugal turut dibintangi oleh pemain ternama seperti Deco , Rui Costa , Luis Figo , Helder Postiga , Nuno Gomes dan Cristiano Ronaldo. Portugal dianggap sebagai underdog pada ketika itu tenang menghadapi saat getir apabila Michael Owen menjaringkan gol pada awal minit ketiga terlebih dahulu.
Namun England gagal menambah gol lagi kerana kubu pertahanan Portugal yang diketuai oleh Calvarho mampu menyerap asakan England sehinggalah pada minit ke 83 Helder Postiga menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat 90 minit.
Pada masa tambahan 30 minit , Portugal dapat menjaringkan gol melalui sepakan deras Rui Costa. Portugal seperti hampir melangkah ke separuh akhir namun jaringan Frank Lampard menyamakan kedudukan sehinggalah perlawanan terpaksa diheret ke sepakan penalti.
Permulaan sepakan penalti diambil oleh bintang nombor 7 England , David Beckham gagal kerana bola itu melambung jauh dari gawang gol. DB7 seperti menyalahkan tanda garis penalti berkenaan. Begitu juga penalti Rui Costa yang juga melambung jauh dari gol. Ini membuatkan penyokong kedua belah pasukan bergelak antara satu sama lain.
Sehinggalah Darius Vassell mahu mengambil sepakan penalti yang ke enam untuk England , Ricardo membuka sarung tangan bolanya terlebih dahulu. Para penyokong terkejut dengan tindakannya namun beliau menggembirakan penyokong Portugal apabila berjaya menyelamatkan penalti itu dan The Rest History , Ricardo menjadi wira negara setelah berjaya menjaringkan penalti terakhir dan membawa Portugal ke separuh akhir Euro 2004.
ON THIS DAY | Euro 2004
Another Euro 2004 moment between Portugal and England, Ricardo’s heroics in the penalty shootout.
— Próxima Jornada (@ProximaJornada1) June 24, 2020
Kenapa Ricardo menanggalkan sarung tangan bolanya? Adakah kerana licin atau lain faktor. Menurut Ricardo , beliau membuat demikian kerana mengikut kata hatinya yang beliau boleh menyelamatkan penalti itu tanpa menggunakan sarung tangan. Beliau tahu ia kan menjadi satu sejarah dalam kariernya sama ada gagal atau berjaya dan menaikkan motivasi untuk dirinya.
Selepas tiga penalti gagal dia selamatkan , akhirnya penalti Darius Vassell menghidupkan peluang Portugal mara ke separuh akhir. Ia menjadi momen indah untuk Portugal dan sekali lagi menjadi sejarah yang traumatik untuk skuad England. Sehinggalah saat ini , England masih lagi kempunan untuk memenangi Piala Dunia sejak tahun 1966 dan juga Piala Euro.