Enam Pemain Solksjaer Pacu Manchester United Sebagai Pendahulu Liga EPL 2020/21

Paul Pogba memberikan kemenangan tipis kepada Manchester United di Turf Moor stadium setelah menewaskan Burnley dengan jaringan voli yang cantik pada minit ke 71.

Tanpa penonton di dalam stadium , mereka meraikan kemenangan ini penuh rasa kesyukuran selepas tamat perlawanan kerana buat pertama kalinya Setan Merah berada pada kedudukan tangga pertama puncak Liga Perdana Inggeris.

Namun cabaran terhebat yang perlu dihadapi oleh mereka ialah bertemu dengan Liverpool pada hari Ahad ini pasukan yang masih lagi dianggap calon terunggul untuk terus menggondol Trofi Liga Perdana Inggeris musim 2021.

Pengurus Ole Gunnar Solksjaer mengakui bahawa skuad Jurgen Klopp sebuah pasukan yang terkuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di England. Pertemuan hari Ahad adalah ujian yang sebenar dan masa yang tepat kepada Setan Merah bagi mengetahu sejauh mana perbezaan kualiti yang telah dicapai oleh anak-anak buahnya.

Memulakan kempen EPL dengan prestasi yang goyah. Kekalahan dengan Arsenal mencampakkan mereka ke tangga ke 15. Pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadap beliau sehinggakan jawatannya menjadi perjudian untuk meneruskan kariernya di Old Trafford. Satu permulaan di awal kempen yang agak merungsingkan dalam pemikiran beliau pada ketika itu.

Tersungkur di Liga Juara-juara Eropah (UCL) dalam kumpulan H dan badi dengan saingan separuh akhir Piala Carabao EFL seolah-olah menyaksikan bahawa tiada harapan yang boleh disandarkan kepada Juara EPL 2012/2013 ini.

Kepercayaan OGS kepada skuad kendaliannya tidak pernah berubah. Beliau yakin dengan kemampuan oleh anak-anak buahnya walaupun terdapat pelbagai masalah di luar mahupun dalam padang yang dihadapi oleh mereka.

Aura dan karisma sebagai seorang pengurus yang tidak pernah menyerah kalah serta sentiasa memberikan peluang kepada skuadnya untuk memperbaiki kelemahan yang ada telah dibalas oleh para pemainnya.

Berikut enam pemain yang menjadi tunjang utama memberikan persembahan konsisiten dan terbaik yang membanggakan skuad Red Devils.

1.David de Gea

Satu-satunya pemain yang pernah bermain di bawah pengendali lagenda Sir Alex Ferguson. Baru memasuki usia 30 dan telah berada dalam skuad Man.United selama lapan tahun.

OGS masih mengganggap beliau penjaga gol utama walaupun prestasinya dikritik oleh para pemerhati bola sepak dalam beberapa perlawanan yang lalu.

Pencabar utamanya ialah Dean Henderson , penjaga gol simpanan . Perebutan posisi utama penjaga gol masih lagi menjadi cabaran utama kepada De Gea namun beliau berjaya menidakkan peluang itu daripada Henderson.

2. Harry Maguire

Pertahanan tengah dan seorang pemegang lilitan kapten bagi musim ini boleh dianggap sebagai pertahanan yang semakin meningkat prestasinya.

Perlawanan menentang Burnley , Maguire menunjukkan prestasi yang baik. Beliau belajar daripada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai pemain pertahanan. Maguire juga berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan itu tetapi dibatalkan kerana foul yang dilakukannya.

Maguire belum setaraf dengan lagenda Rio Ferdinand atau Nemanja Vidic dalam permainannya buat masa ini tetapi dengan usaha gigih dan kematangannya , beliau mampu menjadi seperti dua pertahanan hebat pada masa lalu.

3. Bruno Fernandes

Tidak dapat dinafikan pemain ini telah menjadi tonggak utama dan seorang pemain yang mengubah situasi kem Manchester United buat masa ini. Pemain Portugal ini telah pun setahun berada bersama OGS.

Ia adalah rahmat untuk pasukan Manchester United sebenarnya.

4. Paul Pogba

Kontroversi luar padang menjadi berita hangat kepada pemain Perancis pada tahun lepas setelah ejennya Mino Raiola sengaja membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan khas kepada pengurusan Setan Merah dan para penyokong kelab.

Namun OGS memberikan peluang kepada Pogba untuk bermain dalam beberapa perlawanan sebagai kesebelasan utama dan Pogba kembali menyinar.

Paul Pogba mahu menutup cerita pahitnya pada baru 2021. Kembali cergas setelah pulih dari kecederaan dan merebut tempat kesebelasan utama dan Pogba telah membuktikannya.

5. Marcus Rashford

Gelaran MBE yang diberikan oleh kerajaan Britain atas khidmat baktinya dalam pertubuhan amal kebajikan semasa krisis Covid19 yang memperjuangkan hak kanak-kanak sekolah rendah mendapatkan makanan sihat tidak langsung menjejaskan prestasinya di atas padang.

Baru berusia 23 tahun , beliau mempunyai imej yang baik di dalam dan di luar padang padang dan mengelakkan diri daripada di palit kontroversi yang mengganggu fokus karier bola sepaknya.

Rashford dapat menguruskan kedua-dua β€œpassion” kerjaya yang sedang dilakukan olehnya. Ia merupakan contoh yang baik ditunjukkan oleh penyerang England ini.

6. Eric Bailly

Eric Bailly sering dilanda kecederaan yang bertimpa-timpa dan beliau bukanlah seorang pemain yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama.

Menggantikan Victor Lindelof sebagai regu pertahanan bersama Maguire menghasilkan impak yang besar kepada Red Devils.

Β 

Ramai penyokong Man.United berpandangan kombinasi Bailly dan Maguire merupakan kombinasi pertahanan tengah yang terbaik setakat ini. Bagaimanapun Bailly harus mengelakkan dirinya daripada dilanda kecederaan yang buruk semula. Ini kerana rekod kecederaan Bailly semenjak beliau berada dalam kem Man.United sangat menakutkan.

Penutup

Mampukah Manchester United mengatasi Liverpool pada perlawanan yang ke 19 dan menjarakkan enam mata untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga EPL 2020/21?

Sama-sama kita menantikan perlawanan itu nanti.

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Kongsi artikel ini