Sesuatu yang istimewa dinantikan oleh penyokong sejati kelab Johor Darul Ta’zim akhirnya terjawab sudah apabila kelab bola sepak itu memperlihatkan jersi baharu musim 2021.
Video pelancaran jersi berjenama antarabangsa iaitu NIKE ini dikongsikan melalui platform media sosial Johor Southern Tigers sebentar tadi.
Video yang dikongsikan itu mempunyai dua bahagian dengan menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai latarbelakang yang indah termasuklah sebuah kereta Ferrari yang dipandu oleh Benjamin Mora , pengurus merangkap jurulatih utama skuad dengan melihatkan sebentuk permata berlian yang bergemerlapan sekali.
JDT 2021 NIKE HOME & AWAY KITS
[2/2] pic.twitter.com/je8B9en8PZ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 24, 2021
Sudah pasti ia menjadi satu identiti juara tujuh kali Liga Malaysia ini dengan menampilkan satu video yang berprestij apabila melancarkan jersi baharu mereka. Idea daripada Tunku Mahkota Johor sendiri sudah tentu digunakan dalam menghasilkan video rasmi yang padu ini.
Berikut adalah lima keistimewaan jersi baharu pasukan Johor Darul Ta’zim
1. Rekaan corak berlian
Facebook rasmi JST sentiasa konsisten berkongsikan video berlian pada setiap masa. Perkongsian video berkenaan pasti membuatkan para penyokong JDT membuat tekaan bahawa ia akan menjadi sebahagian konsep jersi baharu musim 2021.
This Wednesday!#DiamondsAreForever#ThreeDaysToGo pic.twitter.com/3hd06i73gp
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 21, 2021
Ternyata , tekaan ini benar dan ia merupakan satu rekaan yang sangat menarik dan konsep berlian ini digunakan sempena ulangtahun ke-135 mahkota Johor yang bertatahkan lebih dari 2700 berlian.
2️⃣Corak & rekaan jersi JDT 2021 dibuat khas utk JDT berkonsepkan berlian (Diamond) untuk meraikan ulangtahun ke-135 mahkota Johor yg bertatahkan lebih dari 2700 berlian.
Johor juga terkenal dgn panggilan 'Jewel of the South' pic.twitter.com/OpNssnTVgP— Juan Bapakaw (@juanbudiman) February 24, 2021
2. UNICEFF for every children
Kali ini , tiada logo penaja tertera di hadapan jersi. Sebagai sebuah kelab yang prihatin dengan kebajikan masyarakat termasuk kanak-kanak , JDT memaparkan logo pertubuhan kebajikan sedunia ini sahaja.
Perjanjian kolobrasi diantara Uniceff dan JDT telah dimeterai pada bulan Disember tahun lalu sebagai langkah positif kelab berkenaan untuk terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada komuniti khususnya kanak-kanak.
UNICEF PARTNERSHIP YET ANOTHER JDT HUMANITARIAN EFFORT
Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) partnership with UNICEF for the betterment of children is yet another humanitarian effort by the club following previous corporate social responsibility projects.
[1/6] pic.twitter.com/wVuRDcR8YN
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 19, 2020
3. Konsisten Forest City sebagai penaja JDT
Tiada satu perkara yang membanggakan melainkan ia adalah sebuah penghargaan dan kesetiaan Forest City diberikan kepercayaan untuk terus melabur di kelab Johor Darul Ta’zim.
Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT) would like to congratulate one of our sponsors, Forest City, the main developer for Country Garden Pacific View Sdn Bhd on receiving two awards at the https://t.co/UDPm1A4n7L Awards 2018 – Jewels of Johor event.
Thread 1/2 pic.twitter.com/rehP1N9mdf
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 19, 2018
Syarikat utama yang membangunkan Country Garden juga merupakan kontraktor yang membina Stadium Sultan Ibrahim tersergam indah sekarang ini sudah pasti jenama mereka megah di seluruh dunia seiring dengan reputasi kelab bola sepak selatan tanah air Malaysia.
HRH Crown Prince of Johor, was at the Forest City, Johor to unveil JDT FC's new stadium concept and design.
More at https://t.co/S3LwnvGd2a pic.twitter.com/ArHcWfChYl
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 4, 2017
4. Hadiah DYAM TMJ sempena pelancaran jersi baharu
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berbesar hati menanggung sebahagian harga untuk salah satu jersi Nike JDT 2021 sebagai hadiah istimewa kepada penyokong yang terus kekal setia dan bersempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim.
Harga jersi ‘Home’ dan ‘Away’ akan diumumkan sewaktu pelancaran jersi paltform media sosial kelab tersohor itu pada jam 05.45 petang.
Rumusan
Peminat setia JDT ada yang sudah pasti teruja untuk membeli jersi terbaharu ini sebagai koleksi simpanan kerana kelab telah memberikan segala-galanya yang terbaik kepada penyokong mereka.
Piala Sumbangsih menjadi pembuka tirai Liga Malaysia 2021 di mana pasukan kendalian Benjamin Mora akan bertemu dengan Kedah pada 05 Mac 2021 dan sudah pasti mereka mahukan piala berkenaan sebagai motivasi dalam misi mengejar kejuaraan yang ke lapan (8) Liga Malaysia nanti.