Sudah termetrai perjanjian diantara penyerang muda Perancis , Kylan Mbappe dan Paris Saint Germain (PSG) yang menyaksikan pemain itu kekal bersama pasukan terkaya milik Nasser Al-Khelaifi sehinga menyebabkan Real Madrid berputih mata untuk mendapatkan khidmatnya.
🚨 Kylian Mbappé will STAY at Paris Saint-Germain. He’s definitely not joining Real Madrid this summer, the final decision has been made and communicated to Florentino Perez. 🤝 #Mbappé
𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐖𝐄 𝐆𝐎.
More to follow – Kylian stays. #PSG pic.twitter.com/rUkFk8jmao
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 21, 2022
Penyerang berusia 23 tahun itu dikatakan akan berpindah ke Sepanyol untuk memulakan karier terbaru bersama dengan Karim Benzema pada musim panas ini telah menerima tawaran yang gila daripada Juara Liga 1 Perancis ini demi memastikan dia tidak berpindah ke mana-mana kelab lain.
PSG menawarkan gaji bernilai £4 juta sebulan dan akan memberikan bonus bernilai £100 juta kepada Mbappe sekiranya beliau menandatangani kontrak baru nanti.
Disampimg itu , mereka juga menawarkan Mbappe sebagai ketua baru projek sukan kelab dan mempunyai kuasa dahsyat termasuk boleh menentukan siapakah jurulatih mahupun pemain yang baharu di dalam kelab berkenaan.
🚨| PSG have even offered Mbappé to be the OWNER of their sporting project. @EduAguirre7
— Madrid Xtra (@MadridXtra) May 18, 2022
Ia merupakan satu tawaran yang paling gila yang dilakukan oleh kelab bolasepak di dunia demi memastikan seorang pemain terus kekal berada di sana.
Plot ‘twist’ Kylan Mbappe menjadi perbualan hangat masyarakat bolasepak dunia kerana pemain ini enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama PSG dan telah pun membuat pra-kontrak bersama gergasi Real Madrid sebelum ini dan hanya menunggu masa untuk membuat pengumuman rasmi.
Penyerang itu sendiri bertindak menghubungi Presiden Real Madrid , Florentino Perez untuk memberitahu keputusannya tidak sampai dua hari lagi sebelum beliau diraikan oleh kelab dan penyokongnya di stadium Le Parc des Princes dalam satu majlis besar-besaran.
L’aventure continue…🔴🔵 pic.twitter.com/w0STNy0oLQ
— Kylian Mbappé (@KMbappe) May 21, 2022
Dengan kontrak selama tiga tahun sehingga 2025 , pemain ini akan mempunyai pakej gaji yang tertinggi di dunia daripada mana-mana pemain ternama.
Mbappe signs a 3-year contract for Paris Saint-Germain⚽️🤝💙 pic.twitter.com/MxtjgNbas1
— Kyei Bernardo (@KyeiBernardo) May 21, 2022
Adakah pemilik kelab PSG sudah memikirkan perkara ini sedalam-dalamya memandangkan Neymar dan Messi juga berada dalam kelab berkenaan dan ini mungkin mewujudkan ketidakpuasan daripada para pemain lain mengenai apa yang dinikmati oleh Mbappe setakat ini.
Kylian Mbappe…
– New 3 year deal
– 300 million signing bonus
– 100 million a year salary after tax
– Will help decide the coach
– Will have a say on the sporting director.
– Can approve signings and salesDoes this man own PSG or something? 🤯 pic.twitter.com/UA2tmXMZZf
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 21, 2022
Ini memungkinkan beberapa perkara boleh terjadi pada kelab berkenaan.
1. Pemecatan Mouricio Pochettino
Kedudukan jurulatih berasal dari Argentina ini mungkin terancam disebabkan kuasa yang didapati oleh Mbappe. Walaupun PSG menjadi juara Liga Perancis 1 musim ini tetapi kegagalan untuk mencapai KPI mendapatkan Trofi Liga Juara Eropah memungkinkan perkara itu terjadi.
2. Sikap Besar Kepala
Baru berusia 23 tahun dan dengan apa yang ada pada beliau sekarang sudah pasti perangai Mbappe boleh menjadikan orang disekeliling semakin meluat sekiranya dia bersikap besar kepala.
Sikap Mbappe yang lebih mementingkan wang lebih daripada integriti dan profesional mendapat perhatian daripada penyerang Real Madrid , Karim Benzema.
Karim Benzema menghantar satu gambar dalam IG storynya menunjukkan pengkhianat kepada rapper terkenal Tupac yang mati dibunuh jelas sekali sebenarnya memberikan sindiran kepada Mbappe.
Not Benzema subbing Mbappe with a 2pac pic😭😭😭 pic.twitter.com/1ZnxGefyvP
— 𝙓𝙊𝙏𝙒𝙊𝘿😶🌫 (@chishimba_12) May 21, 2022
Sebelum ini , Karim Benzema antara individu yang memujuk Mbappe untuk menyertai Real Madrid sekiranya beliau mahukan cabaran baharu dalam permainan bola sepak beliau.
3. Akan wujud dua kem pemain yang berpuak
PSG menjadikan Mbappe sebagai anak emas kelab dan segala-galanya untuk semua pemain berkenaan. Ia sudah pasti memberikan gambaran akan timbul masalah dalam bilik persalinan PSG nanti.
Neymar , Lionel Messi antara pemain-pemain yang mempunyai pengaruh luar biasa di kalangan pemain. Apakah kedua-dua pemain ini mungkin tercabar dengan apa yang dimiliki oleh Mbappe yang boleh menentukan pemain yang keluar dan dibawa masuk dalam kelab berkenaan.
4. Keputusan akhir dimiliki oleh Mbappe
Sekiranya keputusan akhir dimiliki oleh Mbappe , dimanakah kuasa yang ada daripada lembaga pengarah kelab PSG itu sendiri. Ini sudah pasti akan membangkitkan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli lembaga sekiranya kuasa pemutus keputusan terletak kepada Mbappe.
Adakah Presiden PSG sudah pasti bersedia untuk menerima segala kritikan tentang apa yang akan dilakukan oleh Mbappe.
Kesimpulan
Akhirnya Kylan Mbappe membuktikan bahawa pemain lebih besar daripada sesebuah kelab lebih lagi kelab yang kaya raya dimiliki oleh konsortium arab pada masa ini.
PSG telah merisikokan kelab mereka sendiri kerana integriti , kejujuran dan professionalisma dalam bola sepak telah tercemar dengan tawaran tidak masuk akal mereka kepada seorang pemain sahaja.