Empat Faktor Prestasi Barcelona Menurun

Apabila Barcelona ditewaskan oleh anak buah Diego Simone , Atletico Madrid dua hari lepas , ramai pemerhati bolasepak dunia melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan prestasi skuad The Catalan ini.

Sedemikian mari kita teliti kemungkinan empat faktor prestasi Barcelona yang terlalu perlahan di awal musim menjadi masalah kepada Barcelona.

Prestasi Lionel Messi

Pemain yang mendapat jolokan Greatest Footballers of All Time (GOAT) telah 15 musim bersama Barcelona. Dia membina kemasyhuran , empayar dan jenamanya di satu kelab sahaja iaitu Bercelona The Catalan.

Namun sejak bermula awal musim ini Messi seperti tidak menikmati kegembiraan lagi di atas padang mahupun di luar. Dia bergelut dengan pelbagai masalah seperti masalah dengan rakan sepasukan dan pengurusan serta isu percukaian yang dikenakan ke atasnya.

Setakat ini , Messi hanya mampu menjaringkan tiga gol untuk La Liga dan tiga gol lagi dalam saingan UEFA Champion League.

Masalah Dengan Jurulatih

Sejak Ronald Koeman mengambil alih pasukan , jurulatih kelahiran Belanda ini cuma menang tiga kali , seri dua kali dan tewas tiga kali dalam liga termasuk dua kekalahan kepada dua seteru utama selepas mereka turut tewas kepada Real Madrid 3-1 sebelum ini.

Kemampuan Koeman dipersoalkan oleh para penyokong Barcelona dan pemerhati bola sepak adakah beliau dapat membina Barcelona yang baharu selepas era jurulatih Quique Setien dan menjulang Juara La Liga selepas terlepas dari Real Madrid pada musim lalu. Pasukan tersebut kini berada di kedudukan ke-10 liga dengan hanya 11 pungutan mata sahaja.

Sebelum itu Messi juga dikatakan tidak sehaluan dengan Setien dan staf kejurulatihan beliau dan selepas di pecat Quique Setien mengatakan bahawa pemain terbaik dunia itu adalah pemain yang sukar dikawal olehnya tetapi Ronald Koeman pantas menafikan hal itu.

Masalah Pemain Keluar Tetapi Tiada Pemain Baru Masuk.

Suarez terpaksa menamatkan kariernya di Barcelona setelah enam musim. Beliau terpaksa akur selepas Koeman memintanya mencari kelab lain untuk musim 2020/2021 dengan melalui panggilan telefon. Atletico Madrid akhirnya berjaya mendapatkan Luis Suarez dari Barcelona secara percuma.

Ada empat pemain dalam radar Barcelona seperti Antonio Rudiger pemain pertahanan Chelsea , Eric Garcia (Manchester City) , Joel Matip dan Shokdran Mustafi tetapi tiada perbincangan lanjut dengan pemain-pemain berkenaan setakat ini.

Masalah Dengan Rakan Sepasukan

Pada bulan lepas ejen kepada Antoine Griezmann Eric Olhats telah menuduh Messi bahawa dia punca segalanya kepada prestasi hambar penyerang Perancis itu. Tuduhan tersebut telah dijawab oleh Messi ”Saya penat kerana sentiasa menjadi masalah kepada semua orang di kelab ini.”

“Saya baru sahaja sampai di sini selepas mengharungi 15 jam penerbangan dan di sini saya berjumpa dengan ejen cukai. Ia sesuatu yang sungguh mengarut,” ujar Messi.

Masalah Messi Dengan Pengurusan Tertinggi Barcelona

Messi pernah bengang dengan pengurusan tertinggi terutamanya kepada Eric Abidal , Pengarah Sukan sebelum meletakkan jawatan kerana menuduh dia dan beberapa pemain senior menghasut pengurusan untuk memecat Ernesto Valverde.

Sebagai kapten beliau mengambil tanggungjawab tuduhan kerana kenyataan itu nyata tidak disenangi olehnya dan meminta Abidal menamakan pemain pemain senior yang dimaksudkan tetapi tidak perrnah mendapat jawapan daripada bekas Pengarah Sukan Barcelona itu.

Messi tidak suka dengan tuduhan dan syak wasangka ke atas dia kerana dia adalah kapten Barcelona dan akan bertanggunjawab ke atas suasana bilik persalinan pemain Barcelona.

Oleh disebabkan beberapa konflik yang memberikan tekanan kepada beliau akhirnya Messi bertindak menghantar surat permohonan melalui fax meminta dilepaskan oleh kelab Barcelona secara percuma kerana ada klausa khas dalam kontrak Messi yang membenarkan Messi pergi pada akhir musim selepas beliau berusia 32 tahun.

Kesimpulan

Walaupun Lionell Messi bersetuju untuk kekal di Barcelona untuk setahun lagi , prestasi pasukan itu masih lagi terumbang ambing. Pasukan seperti hilang semangat dan kurang bermotivasi untuk bangkit semula.

Namun perjalanan dalam liga masih jauh lagi dan Koeman seharusnya bertindak menjadi sumber inspirasi dan seorang ayah kepada para pemain-pemainya agar sentiasa di hargai dan dihormati

Kongsi artikel ini