Emmanuel Adebayor Kena Kad Merah Selepas Buat ‘Flying Kick’ Di Liga Paraguay

Kemana sahaja Emmanuel Adebayor pergi, dia pasti akan meninggalkan jejak. Di Arsenal, Adebayor dikenali sebagai penyerang yang terkenal, mempunyai penyudah yang baik dan amat digeruni.

Adebayor kemudiannya memilih untuk menyertai Manchester City, dan anda pasti akan terbayang memori dia menjaringkan gol dan menari-nari kegembiraan di hadapan penyokong Arsenal.

Benar, dia berlari ke hujung padang semata-mata untuk melakukan tarian itu.

Setelah gagal menyinar di Manchester City, Adebayor kemudiannya menyertai musuh tradisi Arsenal, Tottenham Hotspurs dan menjadi tonggak kejayaan Spurs di musim pertamanya disana.

Setelah berhijrah ke beberapa kelab di sekitar eropah, Adebayor akhirnya menyertai Olimpia di Paraguay. Seperti biasa, Adebayor akan meinggalkan jejak.

Kali ini Adebayor menerima layangan kad merah kerana melayangkan sepakan ala flying karate kick kepada pemain lawan.

Olimpia adalah kelab ke-11 sepanjang karier bekas jagoan Premier League itu, dan belum lagi menjaringkan sebarang gol untuk kelab baharunya itu sejak menyertai mereka pada Februari lalu.

Adebayor menerima layangan kad merah itu selepas melayangkan kaki ke arah pemain Defanza, Enzo Coacci. Ia nyata adalah insiden yang mengejutkan ramai, dan tidak masuk akal untuk dilakukan.

Aksi beliau itu turut menerima kecaman komuniti bola sepak di Paraguay.

Penyerang berusia 36 tahun itu bagaimana pun tampil melakukan permohonan maaf melalui Twitter kerana tiba-tiba jadi Jackie Chan.

Apa-apa pun Olimpia tetap menewaskan Defansa 2-1 walaupun tanpa kehadiran Adebayor.

Adebayor vs Bendtner

Bukan sahaja pemain lawan pernah jadi mangsa Adebayor. Masihkah anda ingat akan insiden beliau bersama Nicklas Bendtner di Arsebal?

Pada aksi Piala Liga 2008, juara EPL musim 2003/04 terpaksa menangung malu selepas disingkirkan dari kejohanan apabila tewas dengan jumlah jaringan besar sebanyak 4-1 menentang Tottenham.

Lebih memalukan ialah salah satu gol Spurs terhasil menerusi jaringan sendiri dari penyerang yang tak kurang juga kontroversi, Nicklas Bendtner.

Adebayor yang mencetak gol tunggal buat Arsenal tidak berpuas hati dengan pemainan Bendtner ketika itu.

Ini menyebabkan Adebayor membidas rakan sepasukanya semasa perlawanan sedang berlangsung.

Bagaimanapun, kritikan dari Adebayor itu dibalas dengan isyarat lucah dari Bendtner yang mungkin panas akan apa yang dikatakan oleh pemain itu.

Situasi itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pemain di atas padang sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk meredakan keadaan.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email